Semakin hari kita tengok gelagat Pak - Pak Menteri dalam kabinet Datuk Seri Najib ni semakin mengarut. Buat kerja yang bukan - bukan sehingga boleh membangkitkan kemarahan rakyat.
Kalau nak diceritakan satu persatu memang banyak. Kalau kita nak diamkan begitu saja, tak boleh jugak. Tapi, artikel ini hanya untuk membuatkan mereka sedar, rakyat sedang menilai mereka.
Sejak akhir - akhir ni ada beberapa orang Pak Menteri yang kita lihat agak buruk reputasinya akibat kurang penglibatan mereka dalam menangani isu - isu yang dibangkitkan.
Kalau semalam kita dah pertikaikan pasal Pak Menteri "Bekal Ayam" tu kerana keputusan drastik yang dilakukan tidak memikirkan soal kepentingan rakyat secara keseluruhan.
Dalam dok sibuk Kerajaan nak "Merasionalisasikan Subsidi Minyak", dia boleh pulak buat pengumuman kata nak mansuhkan terus subsidi minyak RON 95 dan diesel berkuat kuasa 1 Disember.
Tak ke Kerja Gila namanya tu? Dah la minyak RON 95 tu digunakan oleh rakyat yang mempunyai pendapatan sederhana ke bawah. Yang dia pergi mansuhkan sekali minyak diesel tu pasal apa?
Kenapa dia nak mansuhkan minyak yang melibatkan kepentingan rakyat secara keseluruhan secara tergesa - gesa? Kenapa dia tak hapuskan dulu subsidi minyak RON 97?
Itu salah seorang Pak Menteri yang memang nampak sangat Cerdiknya Bertingkat - Tingkat. Mungkin sebab itu lah dia keluarkan kenyataan suruh orang ramai bawak bekal pergi kerja.
Sorang lagi Pak Menteri ni pulak lagi teruk. Kawasan dia sendiri pun dia GAGAL nak jaga sehingga mengakibatkan kemusnahan Alam Sekitar yang begitu teruk dan dilanda bencana.
Apa yang Pak Menteri tu buat? Kalau dia sekadar jadi Ahli Parlimen biasa, kita tak kisah sangat. Tapi dia jadi Menteri yang menjaga kepentingan Alam Sekitar. Takkan dia tak nampak apa yang berlaku?
Memang patut la Tuanku Sultan pun murka dengan Pak Menteri ni. Nampak sangat yang dia sendiri pun GAGAL menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan kepada dia.
Jadi, memang sepatutnya Pak - Pak Menteri tu ditukarkan. Atau suruh je diorang letak jawatan. Itu lebih baik dari diorang terus memburukkan reputasi Barisan Nasional. Bila timbul isu, baru la menggelupor nak buat kerja. Sebelum ni, tak nak pulak diorang fikir apa yang patut diorang buat!!!
RON97 ada subsidi ke?? Baru aku tau hari ni...
BalasPadamKena la umum mansuh awal2.. lepas tu boleh rilek pi layan tgk maharajalawak mega. golak sakan tgk oghang noghoghi dio buek show. tak gitu?
BalasPadam