Langit masih 'menangis' tanpa henti siang dan malam. Pun begitu dalam kedinginan cuaca, SS tetap menerima bahan cerita panas daripada rakan-rakan yang setia mengikuti perkembangan dunia hiburan tanah air.
Jiwa SS tiba-tiba jadi pijar tatkala cerita ini dibisikkan ke telinga yang mengisahkan seorang artis memuat naik gambar intimnya dengan seorang wanita di Internet yang akhirnya menjadi tatapan ribuan mata dan wanita itu adalah isterinya sendiri.
Memang tidak salah memuatnaik gambar bersama isteri, tetapi yang mula mengundang kemusykilan di hati ramai orang ia adalah gambar intim mereka berdua.
Artis itu pula bukan calang-calang orang, tinggi ilmu agamanya dan sering mengadakan ceramah di sana sini. (Dengar kata, dia juga turut digelarkan sebagai Ostad)
Kalau ilmu agama sudah seluas samudera, sepatutnya artis itu tidak mudah terasuk dengan hasutan duniawi. Malah dia wajar mengingatkan orang ramai terutamanya remaja jangan mudah memperdagangkan harga diri di laman sosial kerana kelak merana diri sendiri.
Ini tidak, dengan artis itu hanyut sekali. Walau bagaiman pun, khabarnya gambar itu sudah pun dipadamkan. (Nampak sangat la dia dah kantoi)
Kepada artis yang semakin dikenali ramai itu, berhati-hatilah menyusuri langkah agar jangan tersandung lagi. Dengan segala ilmu yang ada di dada, anda sepatutnya menjadi insan yang boleh menerangi hidup orang lain dan bukanlah sebaliknya.
PS: Inilah masalahnya bila ada yang suka ikut perangai Pakatan Haramjadah!!!
Dataran Merdeka kini meriah dengan Sholawat Nabi saw berbanding Pesta Nyanyian Lagho puluhan tahun yang lepas...apa kah rahsianya. .adakah akan berkekalan pada masa2 hadapan... .tempat tu dulu shaitan syaitan berkeliaran pada waktu ini..sekarang ni nampak macam malaikat control pula. .semua shaitan2 tu dah menchanak lari ke padang kota, Penang pulak....
BalasPadam