Akibat didesak dan dimalukan, baru la Si Menteri Besar Selangor tu nak batalkan acara sambutan tahun baru yang telah dirancang sebelum ini. Baru sekarang la dia sedar diri.
Jika selama ini, Si Menteri Besar Selangor tu nak memaparkan sifat "Humanitarian" dia kepada rakyat. Kononnya dia nak jadi 'Jokowi Selangor' yang prihatin dengan rakyat.
Sekiranya dia benar - benar prihatin dengan nasib malang yang menimpa mangsa banjir yang melanda beberapa Negeri di Semenanjung, awal - awal lagi dia dah batalkan acara sambutan tahun baru tu.
Tapi akibat kedegilan yang ditonjolkan sebelum ini membuktikan bahawa Si Menteri Besar Selangor tu tidak la sehebat mana. Dia tetap dengan keangkuhan diri dia sendiri.
Sekarang, bila dah puas didesak dan dibantah oleh rakyat marhaein melalui laman media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya, baru la Si Menteri Besar Selangor tu nak faham. Kalau tidak, sampai ke sudah la dia tak sedar diri!!!
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor membatalkan program hiburan sempena sambutan ambang Tahun Baharu sebagai tanda menghormati ribuan mangsa yang terjejas akibat bencana banjir di beberapa negeri.
Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali berkata, pelbagai aktiviti dibawah program Temasya Selangor 15 untuk sambutan Tahun Baharu telah dibatalkan.
"Kami turut mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember ini di i-City Shah Alam, berdasarkan prinsip yang sama," katanya kepada pemberita di bangunan Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) pada Jumaat sebelum berlepas ke Kota Baru, Kelantan untuk membantu mangsa banjir.
Azmin berkata beliau turut berbincang dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan mengarahkan setiap masjid untuk mengadakan Solat Hajat bagi mendoakan kesejahteraan mangsa yang terjejas akibat bencana itu.
Harap2 projek kandang babi dibatalkan juga. Kot kene bah besar...satu lembah klang berbau babi.
BalasPadamTak per Min. ..dapat hidayat lambat lebih baik dari tak dapat hidayat langsungkan!
BalasPadamBaek lagi dari abg jib x balik lg maen golf
BalasPadam