Jumaat, Disember 26, 2014

Baru je selesai membatalkan sambutan ambang tahun baru 2015, Si Menteri Besar Selangor tu terus dipalit dengan kontroversi berkaitan dengan pembinaan kandang babi di Selangor.

Nampak gayanya, Si Menteri Besar Selangor yang baru ni benar - benar tidak prihatin dengan suara rakyat. Malah dia tetap mengambil langkah untuk tidak mengendahkannya.

Terdahulu, dalam laman media sosial, rakyat diperingkat bawahan membuat bantahan terhadap penganjuran sambutan tahun baru yang tetap diadakan oleh Rejim Pakatan Selangor.

Rata - rata rakyat mendesak agar sambutan itu dibatalkan. Maka, atas desakan dan setelah dimalukan oleh Putrajaya, Si Menteri Besar Selangor tu terpaksa akur dengan tuntutan tersebut.

Namun, ianya masih tidak memadai bagi rakyat di Negeri Selangor khususnya yang duduk disekitar kawasan Kmpung Tumbuk apabila mereka membantah pembinaan kandang babi.

Hal itu bukannya satu isu baru yang dibangkitkan oleh rakyat. Tetapi ianya sudah disuarakan sejak beberapa bulan yang lalu. Namun ianya tidak diendahkan lansung oleh Si Menteri Besar.

Sebaliknya, dia tetap dengan keangkuhan dia yang mahu projek itu diteruskan juga atas alasan untuk menambah ekonomi Negeri biar pun alasan itu dianggap tak masuk akal.

Hari ini, diperkarangan bangunan SUK Selangor, beberapa orang penduduk Kampung Tumbuk mengadakan demonstrasi bagi menyatakan bantahan mereka secara terbuka.

Jelas, Si Menteri Besar Selangor tu bukannya seorang yang prihatin terhadap suara rakyat. Bahkan dia juga tidak mengendahkan lansung pandangan yang diberikan oleh mereka.

Jadi, bagaimana mungkin Si Menteri Besar Selangor tu masih lagi boleh mendabik dada mengatakan yang dia seorang pemimpin yang sangat prihatin terhadap kebajikan rakyat?

Macam mana dia masih lagi boleh menyatakan bahawa hala tuju Rejim Pakatan di Selangor adalah untuk Merakyatkan Negeri tersebut sedangkan suara rakyat pun tidak diendahkannya?

Kesimpulannya, sifat 'Humanitarian' yang cuba ditonjolkan oleh Si Menteri Besar Selangor tu dengan aksi 'Terjun Dalam Longkang' sebelum ini hanya sekadar wayang semata - mata. Adalah lebih baik dia duduk terus dalam longkang tu dari menyusahkan orang lain!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. he..he..he...tahniah rakyat selangor dapat MB cm ni.....melayu sentiasa di BABIKAN....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping