Isnin, Disember 08, 2014

Gambar Hiasan
Biarpun keluarganya dikatakan berpengaruh, tapi perangai anak sendiri pun tak mampu untuk dipengaruhi. Kesian...

Selepas lebih dua bulan memutuskan hubungan cinta, seorang gadis berusia 25 tahun kini menjadi mangsa dendam bekas teman lelakinya itu apabila gambar-gambarnya dalam keadaan aib kini disebarkan di laman sosial.

Tambah malang lagi, ibarat jatuh ditimpa tangga, walau laporan polis sudah dibuat, ibu mangsa mendakwa anggota polis memaklumkan kepada beliau bahawa teman lelaki anaknya itu datang dari keluarga yang berpengaruh, justeru seolah sukar diambil tindakan.

Mangsa, Nor Fathiah Idris, 25, memberitahu The Rakyat Post dia dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa bekas teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Irfan memuat naik gambar-gambar dia sedang berkemban memakai tuala ke laman Facebook pada 2 Disember lalu.

Sehari kemudian gambar bogelnya pula turut diviralkan menerusi aplikasi permesejan WeeChat dengan menggunakan nombor telefon milik Fathiah sendiri.
“Saya tidak tahu di mana saya nak letak air muka saya ini angkara perbuatan Irfan itu.
Meskipun gambar yang dimuat naik di internet itu hanya saya sedang bertuala tetapi ia sudah cukup untuk memalukan,” Fathiah mengadu kepada The Rakyat Post.
Fathiah turut mendakwa, sepanjang perkenalan dengan Irfan dia mendapati lelaki itu turut terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta beberapa kes jenayah lain di Johor Bahru.

Sementara itu, ibu Fathiah, Fatimah Ismail, 50, mendakwa beberapa anggota polis di balai tempat Fathiah membuat laporan mengatakan bahawa lelaki terbabit adalah daripada keluarga berpengaruh.

PS: Bila orang dah kemaruk bercinta, macam - macam benda sanggup mereka lakukan!!! Bukan ke cerita ni pernah disiarkan sebelum ini? Baca disini.
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping