Rabu, Disember 03, 2014

Dunia zaman sekarang ni, semua orang hanya mengejar Populariti. Tak kira la sama ada ianya melibatkan Populariti Murah semata - mata. Apa saja pun sanggup diorang lakukan.

Kalau yang dah Popular, diorang nak lagi popular. Maka sebab itu ada diantara mereka yang sanggup buat kontroversi yang bukan - bukan untuk mempopularkan diri sendiri.

Bagi yang dah mula hilang populariti pulak, diorang tetap tidak mahu ketinggalan. Mereka akan tetap mengejar Populariti biarpun ianya bermaksud menggadaikan maruah diri sendiri.

Tapi, tak semua yang buat kerja macam tu. Ada jugak yang masih waras pemikirannya. Mereka ni jenis yang sedar diri. Tak macam bekas artis seksi yang memang dahagakan tumpuan dari orang ramai.

Malah, demi nak meraih populariti dan mengharapkan semua orang sentiasa menyebut - menyebut nama dia, maka dia akan lakukan apa sahaja untuk terus berada ditangga populariti tu sendiri.

Maka sebab itulah, bila ada je yang sebut pasal artis yang berhijrah, sudah tentu bekas artis seksi tu yang akan mula - mula memberikan reaksi. Biarpun ceritanya bukan pasal diri dia sendiri.

Perkara tersebut berlaku apabila Dr. Mashitah Ibrahim menyentuh mengenai sesetengah golongan yang dikatakan "Berhijrah" sudah nak tunjuk pandai dan diberikan gelaran 'Ustaz' atau 'Ustazah' Ekspress.

Walhal, dalam ucapan yang disampaikan pada ketika Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2014 yang lalu, Dr. Mashitah tak de sebut pun nama sesiapa. Dia hanya menyebut perkara tu secara menyeluruh.

Bahkan dalam kenyataan media semalam pun, Dr. Mashitah tetap jugak menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai agenda peribadi terhadap sesiapa pun bila membangkitkan perkara tersebut.
“Dalam ucapan saya, tidak salah mereka yang berhijrah berkongsi pengalaman dan semangat Islam tetapi sewajarnya mereka tidak sentuh soal hukum hakam apalagi menghukum orang lain,” katanya.          


“Yang saya bangkitkan ialah keadaan di mana mereka mengeluarkan pandangan atau bercakap mengenai perkara yang mereka tidak berapa tahu, sehingga menimbulkan kecelaruan masyarakat,” katanya.          
Jadi persoalannya, kenapa pulak bekas artis seksi tu terasa yang diri dia tersindir dengan ucapan yang diluahkan oleh Dr. Mashitah tu? Dalam erti kata lainnya, dia tak perlu nak meroyan kalau dia tak buat apa yang disebut. Bak kata pepatah, siapa makan cili dia la yang rasa pedas!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping