Dek kerana terlalu ramai sangat Pelacur dan cerita pasal Pelacur ni menjadi satu isu yang besar membuatkan seorang doktor mula hilang akal. Tapi, tak de la sampai meroyan tak tentu arah.
Isu yang dibangkitkan sebelum ini bukan sahaja menyentuh mengenai lambakan Pelacur dijalanan. Tapi ianya juga turut melibatkan Pusat kegiatan Haram yang semakin berleluasa.
Katanya, kewujudan Pusat Kegiatan Haram tu muncul seperti Cendawan selepas hujan. Merata - rata ada pusat sedemikian. Mungkin itu yang membuatkan doktor ni semakin pening kepala.
Isunya bukan hanya sekadar berkaitan dengan kebanjiran Pusat Kegiatan Haram itu sahaja. Tetapi ianya turut menyentuh soal penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Rejim DAPigs.
Bahkan, pihak pentadbiran Rejim DAPigs juga turut didakwa meraih keuntungan dari Pusat - Pusat Kegiatan Haram itu secara Haram. Mungkin soal itu yang membuatkan doktor ni sampai hilang akal.
Malah Doktor yang juga merupakan seorang blogger ini juga turut membangkitkan isu tersebut didalam blognya sejak kebelakangan ini turut memaparkan kenyataan media dari kalangan Pemuda UMNO Pulau Pinang.
Katanya, pendedahan yang dibuat oleh seorang Perwakilan UMNO Pulau Pinang sebelum ini bukan sahaja disalah ertikan. Sebaliknya, cuba nak dinafikan oleh puak - puak Rejim DAPigs pimpinan Guan Eng.
Lagi isu Lim Guan Eng DAP yang mencabar Datuk Mohd Zaidi mendedahkan 5 lokasi pusat haram di Pulau Pinang.
Sehingga ke saat ini, Lim Guan Eng DAP zip mulut tidak menjawab cabaran Datuk Zaidi supaya letak jawatan jika Mohd Zaidi berjaya mendedahkan lokasi-lokasi tersebut.
Kenapa kroni tegar Kit Siang DAP ini mendiamkan diri padahal beliau begitu cepat menjawab isu sebelum ini? Apakah beliau takut? - demikian lapor Dr. MiM
Nah! Sekarang kita nak tanya, dimana suara puak - puak pemimpin PAS Pulau Pinang? Adakah mereka akan turut serta mendiamkan diri dan membiarkan isu ini berlarutan begitu sahaja?
Jika sebelum ini, puak - puak PAS juga pernah bersuara menyatakan ketidak-puasan hati mereka terhadap kepimpinan yang diterajui oleh DAPigs dalam Mukhtamar Agung mereka.
Jadi, adalah sewajarnya puak - puak PAS mengambil peluang ini bersatu dengan UMNO untuk menentang kepimpinan yang dipimpin oleh Si Guan Eng tu bagi memastikan Pulau Pinang bersih dari segala maksiat. Kalau setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.