Siapa yang mampu terima hakikat sebegini sekiranya ianya hanya sekadar menyakitkan hati sendiri. Namun dalam masa yang sama, ianya tidak mampu untuk dinafikan. Bukan diminta, tapi ianya datang sendiri.
Sudah tentu bagi Si Bakal Mak Janda hot tu sendiri sudah sedia maklum dengan perkara ini. Tinggal lagi, sama ada dia mampu terima dengan hati yang terbuka atau pun tidak. Itu sahaja.
Ini bukan cerita pasal kes tuntutan fasakh dia yang kini masih lagi dibicarakan di mahkamah tu. Tapi ianya berkaitan dengan masa depan puak - puak PKR tu sendiri.
Adakah mereka masih bermimpi yang mereka mampu untuk meneruskan perjuangan Pakatan Haramjadah tu tanpa sokongan dari PAS? Sudahkah mereka melihat kesan yang bakal diterima kelak?
Jika dilihat apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, nampak sangat yang PKR sendiri sudah mula hilang pengaruh dan sokongan. Terutamanya dari kalangan penyokong - penyokong PAS sendiri.
Kalau kita tengok apa yang berlaku sewaktu diceramah Si Ketua Penipu tu di Kuantan pun sudah cukup. Memang jelas bilangan orang yang selama ini menyokong PKR sudah semakin berkurangan.
Biarpun PKR kata PAS tidak patut mendabik dada mengatakan yang jumlah kehadiran dalam siri ceramah itu kurang tanpa kehadiran mereka, namun itulah hakikat yang sepatutnya diterima.
Memang dari satu sudut, kekurangan dari segi kehadiran penyokong itu ada kaitan dengan konflik yang kini masih lagi hangat diperkatakan dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri.
Tak cukup dengan itu sahaja. Malah konflik yang melanda kepimpinan PKR juga turut menjadi perbualan hangat dikalangan penyokong - penyokong mereka dikedai - kedai kopi.
Sewaktu di ceramah Si Ketua Penipu tu sebelum ini pun ada dikalangan mereka yang hadir berasa hairan kenapa isu berkaitan dengan PENGKHIANATAN Azmin Ali tu tidak disebut lansung.
Itu menambahkan lagi rasa kecewa dikalangan ahli - ahli serta penyokong PKR kerana melihat kepimpinan tertinggi parti cuba nak menyembunyikan perkara sebenar dari pengetahuan mereka sendiri.
Jadi, usah la puak - puak Parti Khianati Rakyat tu nak terus menipu diri sendiri. Apatah lagi diorang berhajat nak menipu rakyat. Hakikatnya, kini Pakatan Haramjadah tu berada diambang perpecahan kerana terdorong dengan kepentingan Politik Peribadi diri mereka!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.