Amboi!!! Bukan main berlagak lagi dia ye. Baru dapat pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk, dah nak tunjuk lagak depan orang ramai pulak dia ye? Tak sedar diri ke?
Dia ingat, dengan gelaran yang dia terima tu, dia boleh nak mengutuk dan mengatakan orang sesuka hati dia ke? Dia ingat semua orang tu berada dibawah dia? Banyak dia punya cantik.
Jika semalam, salah seorang Exco Negeri Selangor menempelak pendirian yang dibuat oleh pemimpin - pemimpin DAPigs dan PKR yang menolak perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan.
Kata Exco tersebut, kepimpinan bagi kedua - dua parti sekutu dalam Pakatan itu perlu lebih memahami tentang isu tersebut sebelum mereka boleh memberikan pandangan mengenainya.
Jelas Exco tu lagi, isu berkaitan dengan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan itu hanya sekadar dilihat dari pandangan persepsi Politik dan bukan atas kefahaman terhadap hukum tersebut.
“Persepsi yang dimainkan ialah orang bukan Islam juga akan kena hukuman hudud. Sekarang ini mainan persepsi seolah-olah memecah-belahkan rakyat dan kepimpinan.
“Bagaimanapun, akibat kurang kefahaman ia menggambarkan hudud lebih kepada bentuk hukuman, sebaliknya al-Quran menggariskan perundangan Islam ini berbentuk pengajaran,” katanya.
Nah! Secara tak lansung, Exco Selangor tu menggambarkan yang pemimpin - pemimpin PKR dan DAPigs tu hanya menjadikan isu perlaksanaan Hukum Hudud itu sebagai satu isu Politik semata - mata.
Itu menunjukkan yang dia sendiri tak faham dengan apa yang dikatakan sebagai Parti Politik. Dia tak dapat nak membezakan kepentingan Politik dengan kepentingan Rakyat.
Apa yang pasti, parti PKR dan DAPigs tu bukannya tak faham mengenai isu perlaksanaan Hukum Hudud tu. Diorang bukannya buat kenyataan sesuka hati mereka semata - mata.
Tapi dah memang itu hakikatnya menjadi pemimpin parti Politik. Apa saja kenyataan yang mereka lakukan akan dibuat berdasarkan kepada kepentingan Politik demi meraih sokongan.
Maka kesimpulannya, pemimpin DAPigs dan PKR tu hanya melakukan tugas mereka sebagai ahli Politik untuk meraih sokongan demi memenuhi kepentingan Politik peribadi mereka semata - mata. Bukannya diorang buat demi kepentingan rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.