Apa boleh buat. Dalam dunia berteknologi masa kini, apa cerita pun tidak mampu untuk disembunyikan dari pengetahuan orang ramai. Termasuk la dari kekasih sendiri.
Bila ada yang buat kerja yang mencurigakan, mula ada yang akan mengesyaki sesuatu. Mula ada yang tersalah anggap mengenai tindak tanduk yang dilakukan. Akhirnya, kantoi jugak.
Soalnya, kenapa perlu nak disembunyikan perkara tersebut? Siapa yang cuba nak diperdayakan? Adakah orang yang berada disekeliling atau pun rakyat secara keseluruhannya?
Apa salahnya jika mereka berterus terang dalam tindakan yang mereka lakukan? Kenapa mereka perlu bermain wayang depan orang ramai untuk mengaburi perkara yang sebenar?
Jika kita fikirkan dari satu sudut, memang tak masuk akal lansung DAPigs nak buat tuntutan untuk mewujudkan kerusi Timbalan Speaker DUN Selangor tu. Bukannya ada faedah pun.
Seperti mana yang dijelaskan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS I Selangor sendiri, kerja Timbalan Speaker ni hanya terhad sewaktu sidang DUN sahaja. Jadi, tak perlu wujud pun jawatan tersebut.
Tapi kenapa puak - puak DAPigs tu tetap beria - ia juga nak jawatan tu diwujudkan dengan menggunakan alasan "Setiakawan" dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri?
Tak masuk akal beb! Melainkan mereka ada agenda lain yang cuba hendak disembunyikan dari pengetahuan rakyat. Agenda subversif yang hendak digerakkan dalam diam - diam.
Adakah kemungkinan mereka cuba nak melarikan diri dari dikaitkan dengan isu berkaitan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan agar penyokong dikalangan orang Melayu sendiri tidak terus membenci kepada DAPigs?
Kenapa isu berkaitan dengan perlaksanaan Hukum Hudud tu cuba didiamkan oleh puak - puak DAPigs? Malah pemimpin Melayu dalam DAPigs sendiri pun hanya mendiamkan diri.
Apa yang pasti, PAS perlu ingat semula kata - kata mereka sendiri. Mereka jugak yang keluarkan fatwa, sesiapa yang menentang Hudud bermakna mereka menentang Islam.
Jadi, adakah mereka hanya sekadar pandai bercakap sahaja tapi kemudian TAKUT nak bersuara bila berdepan dengan DAPigs? Kalau PAS hanya setakat nak jadi Pak Angguk Saja je dalam Pakatan, baik tak payah!!! Buat memalukan orang je penyudahnya nanti!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.