Sampai ke United Kingdom dia hanyut dibawak arus banjir? Jauh betul perginya!!! Soalnya, macam mana dia boleh hanyut sampai ke sana? Dan apa kejadahnya yang dia buat?
Main golf dengan Al-Gore ke? Atau sedang hisap curut dengan sekutu - sekutu kuat Rejim Zionis Israel dan merangka strategi untuk mengelakkan diri dia dari dipenjarakan?
Laporan yang disiarkan melalui Utaranews dibawah mengesahkan kedudukan terkini Si Ketua Penipu tu yang dikatakan sedang berada di Cathays Park, United Kingdom disaat rakyat Malaysia dilanda banjir:
"Mungkin menganggap dirinya hanya merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan kawasan parlimen itu tidak mengalami sebarang musibah banjir, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya berkongsi simpati terhadap mangsa banjir dari luar negara sahaja.
Difahamkan bahawa Anwar dan keluarganya kini sedang bercuti akhir tahun sebagaimana ahli politik lain dan kedudukan terkini di laman sosial Facebooknya menunjukkan Ketua Pembangkang itu sedang berada di Cathays Park, United Kingdom.
Tidak seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bergegas pulang membatalkan cutinya "diplomatik"nya bersama Barrack Obama di Amerika Syarikat ketika banjir kian buruk, Ketua Pembangkang itu tetap terus bercuti biarpun ada yang meminta dia pulang segera.
Namun begitu, Anwar dalam kenyataannya yang dipetik dari laman Facebook miliknya sempat menyatakan sokongannya terhadap sebarang langkah yang diambil Kerajaan Persekutuan dalam menangani situasi getir tersebut.
Pada pandangan penulis, Anwar sewajarnya pulang ke tanahair segera.
Sepatutnya dia sebagai Ketua Pembangkang dan Ketua Pakatan Rakyat yang merupakan "PM Wannabe" perlu berada di sisi rakyat ketika mereka dilanda musibah banjir yang terburuk dalam sejarah negara sejak tahun 1971.
Selaku Ketua Pembangkang di parlimen, dia turut mewakili parlimen-parlimen lain di bawah payung Pakatan Rakyat di mana para pengundi yang memberi undi kepada gabungan parti pembangkang itu pada PRU ke-13 juga terlibat dalam musibah tersebut.
Lagipun, tidak ke mana perginya United Kingdom itu dan Anwar serta keluarganya boleh bercuti kemudian setelah banjir selesai di tanahair.
Mungkin benar Anwar tidak mampu menyurutkan air bah yang kini masih di paras merbahaya, namun penulis percaya dengan "mulut manis" dan "retorik" yang dimiliki Anwar, dia mampu meredakan perasaan derita mangsa-mangsa banjir, bukan?" - Utaranews
PS: Bukan ke sebelum ni peguam Si Ketua Penipu tu kata dia tak boleh pergi keluar Negara sebab masih ada kes dimahkamah? Tidakkah itu membuktikan bahawa Si Ketua Penipu tu seorang pemimpin yang munafik!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.