Nampak gayanya puak - puak Pakatan Haramjadah tu memang sedang dalam keadaan kelam kabut bila dengar khabar angin mengatakan yang Si Khalid Ibrahim tu bakal jadi Ketua Pembangkang.
Diorang tau, sekiranya Si Khalid Ibrahim tu yang naik menggantikan Datuk Shamsudin Lias, maka banyak pekung mereka akan terus didedahkan didalam sidang DUN nanti.
Maka dengan alasan itu, mereka mula mengatur langkah menyerang ADUN Barisan Nasional dengan menabur pelbagai dakwaan dan tuduhan semata - mata untuk menafikan perasaan mereka sendiri.
Dalam satu kenyataan, Si Mak Lampir Zuraidah tu tampil membuat dakwaan kononnya ADUN Barisan Nasional tidak mengiktiraf sistem monarki yang ada di Malaysia pada masa kini.
Kononnya, kata Si Mak Lampir tu, jika mereka masih berdegil Barisan Nasional dilihat gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat setelah mereka dipilih untuk mewakili Negeri.
Heran jugak. Sejak bila pulak Si Mak Lampir tu ambik berat sangat dengan perkhidmatan yang diberikan oleh wakil rakyat dikalangan pemimpin - pemimpin Barisan Nasional ni?
Bukan ke selama ini diorang jugak yang sering membuat tuduhan dan dakwaan kononnya pemimpin Barisan Nasional ni semuanya tak bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat?
Kenapa kali ini nada dia berbeza pulak? Kenapa kali ini Si Mak Lampir tu ambik berat sangat dengan perkhidmatan yang diberikan oleh ADUN - ADUN Barisan Nasional secara terbuka?
Walhal, dalam masa yang sama, ramai lagi ADUN - ADUN dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu yang tak berikan perkhidmatan kepada rakyat dikawasan mereka sendiri.
Kenapa Si Mak Lampir tu tak nak sebut? Kenapa bab itu dia sengaja buat - buat tak nampak? Salah satu contoh yang nyata yang masih dipertikaikan sehingga hari ini, Si ADUN Kajang tu sendiri.
Kawasan dia dilanda banjir, batang hidung pun tak nampak. Bukan itu bukti Si ADUN Kajang tu sendiri GAGAL untuk melaksanakan tanggungjawab dia sebagai seorang wakil rakyat? Jangan la Si Mak Lampir tu buat - buat tak nampak pulak!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.