Jumaat, Disember 12, 2014

Kan kita dah kata. Kalau tak menipu, bukan PKR la namanya. Jadi, apa yang nak diherankan sangat bila diorang acapkali kantoi menipu secara terang - terangan ni?

Menipu tu kan dah jadi sebahagian dari darah daging diorang. Semuanya dilakukan demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi semata - mata. Bukannya diorang buat untuk rakyat!!!

Dalam tempoh krisis pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru berlaku, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dilihat ada mengunjungi Presiden PAS, Hadi Awang di kediamannya di Rusila, Terengganu, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan.

Kunjungan itu bermakna, komunikasi antara PAS dan PKR berlaku malah ia melibatkan Hadi sendiri, tegas Nasruddin.

Justeru, tidak timbul isu sudah enam bulan PKR dan DAP tidak berkomunikasi dengan Hadi, seperti yang dilaporkan media semalam.

"Berdasarkan pemantauan saya tak sampai setahun kerana baru beberapa bulan lepas DSAI ke rumah Tok Guru Presiden di Rusila berjumpa Tok Guru di Terengganu semasa kecoh-kecoh isu MB Selangor.

"Adalah satu, dua kali beliau tak dapat hadir itu biasala. Normallah kadang-kadang dapat hadir kadang-kadang tidak kerana keuzuran. Tapi kalau tak ada komunikasi langsung selama setahun itu tak betul.

"Komunikasi ini tak terhad kepada yang rasmi sahaja kerana yang rasmi pun tak sampai beberapa bulan. Beberapa ketika sebelum isu MB Selangor dulu pun ada mesyuarat yang dihadiri oleh Presiden," tegasnya ketika dihubungi Antarapos.

Nasruddin juga sependapat dengan seorang lagi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz yang mengatakan sesiapa yang menghadiri mesyuarat pimpinan adalah mewakili 'suara' Hadi.

"Ya (komunikasi itu berterusan meskipun datang dari peringkat bawahan dan bukan terus datang dari Presiden). Kalau ianya diputuskan oleh parti memang ia rasmi dan diputuskan oleh Presiden PAS," tambahnya.

Justeru, Nasruddin meminta pimpinan DAP dan PKR agar tidak terus berprasangka buruk terhadap Hadi demi kelangsungan jalinan kerjasama Pakatan Rakyat.

"Macam mana kita nak berkomunikasi dengan seseorang kalau sebelum kita berkomunikasi dengan dia kita serang dia dahulu? Selepas itu kita nak berkomunikasi dengan dia kita kata kita gagal berkomunikasi walhal kita dah serang dia. Jadi, kalau saya pun malas nak jawab telefon, orang serang saya kata macam-macam pada saya lepas itu nak hubungi nak bercakap...saya tak layan dah. Itu contoh mudahlah.

"Kalau nak kembali kepada kebaikan apa semua jangan menyeranglah, jangan perlekehkan, jangan perkecilkan, jangan menafikan apa yang dipanggil peranan yang diberikan selama ini. Ada masalah, ada kelemahan, peranan apa semua kita tangani secara politik," jelas Nasruddin sebelum mengakhiri perbualan dengan Antarapos.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping