Khamis, Disember 18, 2014

SEDIH bercampur kecewa apabila mendengar perkhabaran seorang pelakon dan penyanyi berusia 40-an bersama isterinya, antara yang didakwa menjadi pengikut ajaran sesat Millah Abraham.

Pasangan ini dikatakan telah ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk disiasat selepas anak lelakinya sendiri membuat laporan berhubung isu tersebut sebelum ini.

Katanya, artis lelaki yang cukup sinonim dengan lagak aksi suka meniru beberapa orang artis lagenda ini telah ditahan minggu lalu di ibu kota sementara kes ini disiasat.

Menurut laporan, seorang sumber memberitahu pelakon berkenaan jadi pengikut ajaran sesat itu bersama ahli keluarganya sejak lebih tiga tahun lalu selepas mengikut seorang saudaranya yang menyebarkan ajaran itu.
“Dia ditahan selepas anaknya sendiri membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana tidak dapat menerima perlakuan ayahnya yang terpesong daripada ajaran Islam.
“Ketika waran dibacakan kepadanya, lelaki itu mencabar penguat kuasa agama supaya berdebat mengenai Islam,” katanya.
Malah, ketika pihak berkuasa melakukan pemeriksaan di rumah artis tersebut, dokumen dipercayai ‘kitab’ ajaran Millah Abraham turut ditemui.

Kini, artis tersebut sedang menunggu sebutan kes di mahkamah syariah dan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana kesalahan mengajar atau menjelaskan doktrin palsu.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping