Pulak dah!!! Tak jadi pulak ke diorang buat agenda "Langkah Sabah"? Kalau sebelum ni, beria - ia sangat diorang mengkhianati rakyat dengan perlaksanaan agenda Langkah Kajang.
Alasan yang diorang berikan pada ketika itu, adalah untuk mengubah struktur pentadbiran dan memperkukuhkan Rejim Pakatan Selangor dengan menyingkirkan Si Khalid Ibrahim.
Macam - macam alasan yang diorang berikan bagi menghalalkan tindaka mereka mengkhianati rakyat pada ketika itu. Pelbagai skandal Si Khalid Ibrahim tu didedahkan kepada umum.
KONONnya, diorang kata, Si Khalid Ibrahim tu tak berapa dengar suara rakyat dengan mengaitkan isu pembinaan Lebuh Raya KIDEX dan perjanjian penstrukturan air Selangor.
Tapi bila dapat ke Si Azmin tu, benda yang sama juga dia buat. Kenapa pulak diorang tak tuduh Si Azmin tu membelakangkan keputusan parti dan mengkhianati suara rakyat?
Sekarang, timbul pulak isu ADUN Inanam yang nak letak jawatan sebab tak puas hati dengan perlantikan Si Lajim Ukin tu sebagai Pengerusi Negeri Sabah oleh kepimpinan Pusat.
Ingatkan diorang nak buat satu lagi agenda yang jelas mengkhianati kepercayaan rakyat. Tapi rupa - rupanya hanya wayang semata - mata. Nak tarik perhatian rakyat la kononnya.
Dengar kata, Si ADUN Inanam tu pun dah tak jadi nak tarik diri dari menjadi wakil rakyat. Mungkin dia dah dapat "Habuan" yang dia cari seperti mana yang didakwa oleh Chagubard sebelum ini.
Alasan yang diberikan oleh Si ADUN Inanam tu, dia nak teruskan juga khidmat dia kepada masyarakat biar pun keadaan kesihatan dia tak mengizinkan buat masa ini. Macam ada yang tak kena pulak.
Tinggal lagi, bila difikirkan semula, semua yang dibuat oleh puak - puak PKR ni bukannya berjuang untuk memastikan kepentingan rakyat tu dijaga. Sebaliknya, diorang hanya sekadar menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.