Jumaat, Disember 26, 2014

Orang lain dok sibuk tumpu perhatian dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir dari segi bekalan makanan dan kewangan. Tapi Si MB Selangor ni sibuk nak berpesta pulak.

Jadi, macam mana dia nak menonjolkan imej dia sebagai seorang 'Humanitarian' dan layak digelarkan sebagai 'Jokowi Selangor'? Kalau setakat jadi 'Joker Selangor' boleh blah la!!! Tak payah jadi Menteri Besar pun tak pe!!!

PUTRAJAYA - Konsert Ambang 2015 dijadualkan pada malam 31 Dis ini sah dibatalkan selepas perbincangan diadakan antara Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Kumpulan Ambank, menurut PPj. 

Dalam laman Facebook Perbadanan Putrajaya (PPj), perbadanan itu memaklumkan,"Sambutan Ambang Tahun Baharu Putrajaya 2015 kini sah dibatalkan.

"Kira-kira pukul 12 tengah hari tadi laman Facebook PPj memuat naik status bahawa perbincangan akan diadakan dengan Kumpulan Ambank untuk membatalkan acara itu bagi menghormati mangsa banjir. 

MB Pahang turun padang menghulur
 bantuan kepada mangsa banjir.
Sementara itu kebanyakan pengunjung Facebook berterima kasih kepada pihak penganjur kerana membatalkan sambutan itu yang antara pengisian utamanya ialah Konsert Ambang 2015. 

"Terima kasih PPj kerana mendengar suara hati rakyat. Terima kasih kepada Presiden PPj Tan Sri Aseh Che Mat atas keprihatinan dengan memberi pertimbangan semula dan mengambil langkah proaktif selaras dengan kehendak orang ramai," kata Mida Anan Amin. 

Wati Ibrahim berkata, "Congratulations for being sensible and decideaccordingly." (Tahniah kerana bersikap bertimbang rasa dan membuat keputusan sewajarnya)  Intan Salina pula berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan mangsa banjir dan mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana memahami situasi banjir yang melanda negara, dengan membatalkan acara sambutan itu. 

"Alhamdulillah, gantikan dengan munajat di Dataran Putrajaya atau masjid dan surau di seluruh Putrajaya", cadang Mat Rani. 

Mohd Fadli Musa pula mencadangkan pembatalan acara itu boleh digantikan dengan program keagamaan dan solat hajat memohon supaya dijauhkan daripada perkara buruk.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Adnan.... tak perlu tiru Azmin. Untuk bergambar.

    BalasPadam
  2. Geng2 jeru subang tengah sibuk makan dapigs....... Mana nak ingat pasal mangsa banjir.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping