Akibat terlalu tergesa - gesa sangat nak pergi ke suatu tempat membuatkan Si Menteri Besar Selangor yang baru tu tak sempat nak menjawab soalan dari pihak media sewaktu ditemuinya.
Kata Si Menteri Besar Selangor tu, soalan berkaitan dengan isu gelaran 'Datuk Seri' yang ditarik balik oleh pihak Istana Selangor sebelum ini tidak dapat dijawab buat masa ini.
Alasan yang diberikan, Si Menteri Besar Selangor tu ada hal lain yang perlu dia sertai dan perlu bergegas ke sana terlebih dahulu. Maka persoalan mengenai perkara tersebut masih tergantung.
“Saya tergesa-gesa, saya perlu cepat. Saya tidak boleh jawab sekarang,” katanya sambil masuk ke kereta yang diparkir di pintu masuk ke pejabatnya di Shah Alam.
Isu tersebut terus kembali menjadi satu isu yang hangat diperkatakan oleh rakyat diperingkat bawahan apabila pendedahan dibuat oleh Si Chagubard tu dalam kenyataan medianya semalam.
Kata Si Chagubard, keputusan menarik semula gelaran 'Datuk Seri' yang telah diberikan kepada Si Ketua Penipu tu sebelum ini ada campur tangan dari Si Menteri Besar Selangor tu sendiri.
Katanya, Si Azmin tu sudah tahu mengenai keputusan tersebut sebelum diumumkan oleh pihak Istana melalui kenyataan media. Tetapi tidak memaklumkan kepada Si Ketua Penipu tu sendiri.
Dalam erti kata lainnya, Si Chagubard tu menuduh Si Azmin tu sebagai seorang Pengkhianat kerana cuba menikam belakang Si Ketua Penipu tu dengan menyokong keputusan tersebut.
Mungkin disebabkan itu yang membuatkan Si Menteri Besar Selangor tu tak sempat nak jawab soalan yang diajukan oleh pihak media yang menunggu dihadapan pejabatnya semalam.
Atau pun, mungkin Si Menteri Besar Selangor tu tak sempat nak fikir "Kelentong" apa yang boleh diberikan kepada pihak media supaya dia tidak terus dilanda kontroversi berkenaan dimasa akan datang.
Lagi pun, kita semua dah sedia maklum. Si Menteri Besar Selangor tu bukannya ada Telor nak berhadapan dengan sebarang kontroversi demi menjaga kepentingan dirinya sendiri!!! Bukannya dia peduli sangat dengan apa yang menimpa Si Ketua Penipu tu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.