Rabu, Disember 10, 2014

Heh! Inilah yang dinamakan Kebebasan Hak Bersuara. Bila ada orang yang bangkitkan Kebenaran, maka mereka mula dilabelkan sebagai "Pengkhianat" dan "Parasit" didalam parti.

Itu kelebihan yang ada pada puak - puak Parti Khianati Rakyat (PKR) ni. Apa yang mereka lakukan bukan hanya sekadar RETORIK semata - mata. Tapi lebih MUNAFIK dari FIRAUN.

Bila soal isu dalaman dibangkitkan dan didedahkan kepada umum, maka orang yang mendedahkan perkara tersebut akan dianggap sebagai PARASIT yang merosakkan parti.

Kata seorang sahabat yang Pro Pakatan, mungkin kumpulan Anak Muda Kecoh (AMK) ni lupa bahawa Si Chagubard tu lah yang banyak ke hadapan bila setiap kali diadakan demonstrasi.

Sedangkan pada ketika yang sama, kumpulan Anak Muda Kecoh ni hanya pandai berselindung disebalik Unit Amal PAS ibarat Tikus yang menyorok didalam longkang. Takut nak ke hadapan.
"Selama ini, kita tak pernah dengar pun nama budak tu. Kenapa bila Chegubard bangkitkan isu berkaitan dengan Pengkhianatan Azmin, dia pulak yang nak menyalak?
"Kalau setakat nak tunjuk Hero kepada Timbalan Presiden dan pemimpin diperingkat atasan, jangan dabik dada kata diri tu pejuang rakyat," tegas sahabat itu lagi.
Perihal itu memang ada benarnya. Jika kita lihat dalam siri demonstrasi jalanan yang diadakan sebelum ini pun, kelibat Anak Muda Kecoh ni memang kita tak nampak lansung.

Malah, partisipasi mereka juga boleh dianggap 'Zero'. Yang lebih kehadapan hanya dari kalangan puak - puak Suara Anak Muda Mabuk (SAMM) yang dipimpin oleh Si Chagubard tu.

Semalam, salah seorang Exco AMK mengecam tindakan Chagubard yang mendakwa Si Azmin Ali tu telah mengkhianati parti dalam isu berkaitan dengan kerusi Menteri Besar Selangor.

Katanya, tindakan Si Chagubard tu tak ubah seperti tindakan seorang Parasit yang hanya sekadar cuba nak merosakkan imej serta integriti Si Menteri Besar Selangor tu secara sendiri.

Malah, mereka juga turut menganggap tindakan Si Chagubard tu dilakukan atas alasan "Dendam Peribadi" diantara Pengerusi SAMM tu dengan Menteri Besar Selangor tu.
“Jika Badrul Hisham mahu jadi perosak PKR, maka kami menyeru beliau agar keluar parti. PKR tidak memerlukan parasit seperti beliau,” dakwanya.
Maka, adalah sewajarnya bagi pihak PKR mengambil tindakan terhadap S Chagubard tu diatas perbuatan yang telah dilakukannya dan mendesak supaya Si Menteri Besar Selangor tu failkan saman. Bukan setakat tau bercakap macam MUNAFIK!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Cik Gu Bad dah terlambat untuk bersuara kpd kebenaran. Patut di bising semasa dia laku di dalamPKR

    Memang padan muku dia. EXCO AMK juga suatu hari nanti juga akan memburukkan PKR bila tak di perlukan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping