Nampak gayanya, agenda menghina dan memalukan PAS secaraterbuka yang dilakukan dengan sistematik oleh puak - puak PKR masih lagi belum sampai tahap klimaks.
Jika sebelum ini, PAS hanya didakwa cuba untuk menutup isu berkaitan dengan dana 1MDB apabila dilihat sengaja menghangatkan isu perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan.
Kali ini, Si Tipah Koyak tu sekali lagi tampil dan mempertikaikan tindakan PAS Kelantan dalam isu yang sama dengan tuduhan mengabaikan kebajikan rakyat di Negeri itu sendiri.
Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menjawab status yang dimuat-naikkan oleh anak kepada Si Nik Aziz yang sebelum ini membidas tindakan Si Tipah Koyak dalam laman facebook miliknya.
Kata Si Tipah Koyak, PAS terlalu teruja mahu melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan sehingga mengabaikan tuntutan Maqasid Syariah Islam secara terang - terangan.
"Kenapa PAS beria-ria mahu melaksanakan hudud tetapi mengetepikan objektif yang penting dalam Islam? Sudah pasti ada agenda politik di sebaliknya.
"Objektif tertinggi Maqasid Syariah adalah keadilan, kebaikan, dan kebijaksanaan. Mana-mana undang-undang yang lari daripada keadilan kepada ketidakadilan adalah bertentangan dengan syariah," katanya.
"Kelantan adalah salah satu negeri yang miskin dan memerlukan pentadbiran zakat dengan efisien menurut pentadbiran Islam. Ini yang perlu diperjuangkan kerajaan Kelantan, bukannya fokus untuk pelaksanaan hudud," katanya.
Dalam erti kata lainnya, Si Tipah Koyak tu mendakwa bahawa PAS bukan sahaja mengabaikan kebajikan rakyat bahkan PAS dituduh tidak faham tentang asas perjuangan Islam.
Secara tidak lansung, PAS dilihat sebagai sebuah parti yang sengaja menjadikan Islam sebagai alat dalam melaksanakan propaganda mereka dikalangan masyarakat Malaysia.
Jelas, kenyataan yang dibuat oleh Si Tipah Koyak tu boleh dianggap sebagai satu PENGHINAAN yang cukup besar bagi PAS yang selama ini mendabik dada kata diorang berjuang demi Islam.
Malah PAS jugak turut digambarkan sebagai sebuah parti yang telah MENGKHIANATI rakyat hanya semata - mata kerana mereka mahu melaksanakan Hukum Hudud.
Maka persoalannya, adakah PAS masih mahu menerima Penghinaan tersebut dan menjalinkan Tahaluf Siyasi dengan Pakatan Haramjadah tu demi kepentingan Politik Peribadi pemimpin mereka sendiri atau menjadi sebuah parti yang mempunyai maruah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.