Ahad, Januari 11, 2015

Huh! Nampak gayanya, ada jugak blogger Pro Parti Angguk Saja tu yang sengaja nak memalukan Menteri Besar Kelantan dengan menghangatkan cerita pasal Si Husam Kambing ni.

Punya taksub sampai tahap sanggup dia labelkan Si Husam tu sebagai 'MB SWASTA' didalam artikel yang disiarkan sebelum ini. Memang 'Menjilat' sungguh blogger tu nampak gayanya.

Dari satu sudut, usaha yang dilakukan oleh blogger berkenaan seolah - olah mahu menutup skandal yang melibatkan Si Husam Kambing tu dengan pembalakkan haram di Hulu Kelantan.

Sehingga hari ini, isu tersebut masih belum dapat dijelaskan oleh Si Husam Kambing tu kepada rakyat. Sebaliknya dia masih cuba untuk menundingkan jari dan menyalahkan orang lain.

Dari sudut yang lain pulak, kita dapat lihat tindakan yang dilakukan oleh blogger berkenaan sebagai satu "Protes Senyap" yang dilakukan terhadap Menteri Besar Kelantan itu sendiri.

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, ada dikalangan puak - puak PAS yang Pro Si Ketum tu tetap tak puas hati dengan usahasama yang dijalinkan oleh Rejim PAS Kelantan dengan Kerajaan Pusat.

Tetapi, dari apa yang didedahkan oleh Facebooker Pro Ulama PAS, katanya Si Husam Kambing tu ada hati nak ambik alih tugas dan peranan Menteri Besar Kelantan secara terbuka.

Menjawab persoalan yang diajukan kepada dia sebelum ini, Si El-Haraki, Si Husam Kambing tu memang dah lama 'Gila Jawatan' dan memang 'Pelahap' nak jadi Menteri Besar Kelantan.
“Tahukah Anda? Dana RM 1 Juta yang disalurkan oleh kerajaan Selangor bukan sepenuhnya diperolehi oleh kerajaan negeri, bahkan diambil separuh (RM 500 ribu) oleh NGO dibawah Husam Musa (Yayasan Darul Hijrah).

“Tahukah Anda? Dana yang disalurkan oleh kerajaan Pulau Pinang untuk banjir di Kelantan satu sen pun tidak diperolehi oleh kerajaan Negeri. Bahkan NGO dibawah Husam Musa mendapat RM200 ribu.


Apakah penyakit kronisme yang ditentang oleh rakyat selama ini semakin membarah di dalam hati pimpinan pro Anwar? Tuan Guru Nik Aziz dan Sultan Kelantan membuat tindakan yang tepat sebelum ini untuk tidak terus memilih Husam sebagai Exco Kelantan,” jelas Facebooker itu lagi.
Nah! Sekarang, Si Husam Kambing tu bukan sahaja dikaitkan dengan isu berkaitan pembalakkan tidak terkawal di Hulu Kelantan. Bahkan dia jugak turut didakwa 'Mencuri' duit bantuan mangsa banjir.

Maka tak salah la sekiranya ada pihak yang mendakwa Si Husam tu sebagai seorang pemimpin yang hanya sekadar pandai nak menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri. Bukannya dia peduli sangat dengan kepentingan rakyat. Tu pasal la dia buat kerja 'Gila'!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping