Siapa yang Si Din Pudu ni cuba nak tipu sebenarnya bila bercerita pasal penjualan akhbar Haprakdaily tu yang semakin hari semakin menurun? Dia nak tipu rakyat ke atau ahli parti sendiri?
Hakikatnya, ahli parti PAS tu sebenarnya pun semakin muak dengan isi kandungan akhbar Haprak Daily tu sehingga membuatkan mereka malas nak membaca dan membelinya.
Dalam satu kenyataan ringkas semalam, Si Din Pudu tu kata penurunan hasil jualan akhbar lidah rasmi parti itu jatuh merundum kerana disebabkan faktor fenomena semasa.
Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, adalah tidak wajar bagi Si Din Pudu tu nak kata penjualan akhbar tersebut semakin menurun hanya disebabkan kepada faktor fenomena semasa semata - mata.
Biar pun dunia sekarang ni dah ada internet dan rakyat semakin terdedah kepada dunia tanpa sempadan, tapi tak semua orang yang menggunakan aplikasi tersebut. Ada jugak orang yang suka cara konvensional.
Dan kalau isi kandungan akhbar Haprakdaily tu sendiri pun mempunyai informasi yang lebih berfaedah, sudah pasti penjualannya tidak akan menurun. Sebaliknya ia akan tetap kekal seperti biasa.
Lagi pun, penjualan akhbar tersebut hanya khusus untuk ahli - ahli parti itu sahaja. Itu membuktikan bahawa ahli - ahli dikalangan puak - puak PAS tu sendiri pun hilang kepercayaan mereka.
Mereka pun dah mula menyampah nak kekal istiqomah dengan perjuangan parti bila dalam masa yang sama pemimpin - pemimpin diperingkat atasan hanya sekadar mementingkan diri sendiri.
Tapi kalau dah jenis pemimpin sendiri pun tak sedar diri, memang payah la diorang nak terima kenyataan. Maka tak pelik la kalau Si Din Pudu tu pun sanggup menipu diri dia dan juga ahli - ahli parti demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.