Ahad, Januari 18, 2015

Heh! Kuat mengampu jugak rupanya Si Pak Berahim ni rupanya. Demi nak menjaga kedudukan peribadi, maka terpaksa la dia dakwa cadangan yang dibuat sebelum ini tak masuk akal.

Malah Si Pak berahim tu juga turut menganggap cadangan tersebut sebagai satu cadangan yang 'Pelik dan Luar Biasa'. Tak pernah lagi perkara sedemikian dicadangkan selama ini.
"Ini cadangan paling peliklah dalam sejarahBagi PAS kita lihat datuk seri presiden memang kena meneruskan usaha untuk memimpin parti," katanya kepada Antarapos. 
Beliau berkata sebarang cadangan untuk menukar pimpinan bukan hak individu sebaliknya diputuskan di peringkat kawasan. 
"Soal kita nak suruh perwakilan untuk tidak mencalonkan presiden saya fikir kalau sebagai ahli PAS ini adalah cadangan yang sangat luar biasa dan pelik. 
"Walaupun bagi kita tak pernah halang mana-mana pun siapa nak calon, jadi demokrasi dalam parti ia terbuka tetapi membuat seruan secara terbuka begitu saya ingat tidak menghormati moral dan adab kita dalam jemaah," katanya. 
Menurutnya, tindakan individu secara terbuka mahu Abdul Hadi tidak dicalonkan pada muktamar akan datang adalah tidak wajar. 
"Ya, kita terbuka dan dari segi prosedur parti kalau ada pencalonan dalam apa-apa jawatan termasuk Presiden. Sekiranya ada pencalonan dan cukup syarat kita terimalah, jadi ada pertandinganlah," katanya.
Tapi jangan silap. Kalau kita baca dari satu sudut, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Pak Berahim tu bukan satu bentuk bantahan untuk tukar Presiden PAS dalam pemilihan akan datang.

Sebaliknya, kenyataan Si Pak Berahim tu boleh dianggap sebagai satu isyarat kepada peringkat Kawasan untuk tidak mencalonkan Si Hadi Awang tu untuk terus kekal sebagai Presiden PAS.

Soal kedudukan untuk melantik dia menjadi Mursyidul Am boleh ditentukan selepas pemilihan. Itu pun atas ehsan dikalangan pemimpin - pemimpin baru yang bakal mengisi jawatan dalam pemilihan akan datang.

Apa yang jelas, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Pak Berahim ni boleh dilihat hanya satu kenyataan yang 'Play Safe' untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi diri dia sendiri. Jadi, tak de la orang nak buat dakwaan kononnya dia BIAS kepada Presiden!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping