Khamis, Januari 15, 2015

Wah!!! Ini cerita menarik ni. Katanya ada seorang PA merangkap Pegawai Khas kepada seorang ADUN ni mengambil tindakan drastik dengan meletakkan jawatannya serta merta.

Cerita dari satu pihak kata, sebab musabab PA kepada ADUN tu letak jawatan kerana wakil rakyat tu sendiri tak reti nak jaga kebajikan rakyat. Malah turut mengabaikan kebajikan pekerja sendiri.

Bayangkan. Selama hari ini, PA tu kerja tak dibayar sebarang gaji, tapi kerja yang terpaksa dia tanggung cukup banyak. Macam - macam kerja yang terpaksa dilakukan oleh PA tu sebelum ini.

Ada jugak yang kata, PA tu pernah mintak bantuan kebajikan dari ADUN tu untuk membantu mangsa - mangsa banjir. Tetapi tidak diendahkan oleh wakil rakyat berkenaan.

Dari sumber yang dimaklumkan, PA tu mintak agihan bantuan mangsa banjir yang disalurkan sebelum ini turut diberikan kepada orang - orang disekitar kawasan dia baru - baru ni.

Tapi permintaan itu tidak dilayan oleh ADUN berkenaan. Alasan yang diberikan, seorang lagi ADUN yang 'Control' bantuan agihan tersebut sudah pun menghantar bantuan tersebut.

Itu cerita disebelah pihak. Dari cerita yang disampaikan oleh pihak ADUN tu sendiri, PA atau Pegawai Khas tu bukan meletakkan jawatan. Sebaliknya, dia telah dipecat dari jawatannya.

Katanya, PA kepada ADUN tu selama hari ini telah menjadi 'Informer' kepada pihak lawan sehinggakan perkara - perkara yang sulit pun turut didedahkan kepada orang luar secara rahsia.

Maka, atas sebab itulah PA kepada ADUN tu dipecat dari jawatannya kerana dituduh mengkhianat. Bukan sebab dia tidak menerima sebarang gaji sejak berkhidmat untuk ADUN tersebut sebelum ini.

Tak pasti la siapa yang betul dan siapa yang tidak dalam isu ni. Apa yang pasti, PA kepada ADUN tu memang sah sudah tidak lagi berkhidmat untuk ADUN berkenaan sejak seminggu yang lalu.

Tinggal lagi, perkara sedemikian tak de la menghairankan kita sangat. Kalau ianya ada kaitan dengan puak - puak Pakatan Haramjadah tu, memang perkara seumpama itu kerap kali berlaku.

Korang fikir la sendiri. Sedangkan kebajikan pekerja sendiri pun tak mampu nak ditanggung oleh ADUN dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu, macam mana dia nak tanggung kebajikan rakyat? Cukup ke kalau setakat membantu dengan menggunakan air liur!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. tumpang iklan..bg mereka yg meminati pelaburan hartanah atau pemaju perumahan bumiputra .. sila lawati http://puchongmeranti.blogspot.com

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping