Memang memalukan!!! Nampak gayanya puak - puak Parti Angguk Saja ni memang jenis manusia yang tak de pendirian. Nak buat kenyataan sendiri pun sikit punya payah.
Asyik - asyik alasan yang sama jugak digunakan oleh diorang ni. Bila ditanya semula, alasan yang diorang akan beri, "Itu semua pandangan peribadi. Tak de kaitan dengan parti".
Nampak sangat yang diorang ni sebenarnya cuba nak memperdayakan rakyat dan cuba untuk memesongkan perhatian dikalangan ahli dari mengetahui isu yang sebenar.
Apabila isu berkaitan dengan jawatan Presiden Parti dibangkitkan, ada orang kata Si Hadi Awang tu wajar bersara dan digantikan dengan orang lain. Si Hadi Awang tu layak jadi Mursyidul Am je katanya.
Pandangan sedemikian diberikan oleh salah seorang Exco Dewan Pemuda PAS Pusat dalam satu kenyataan sebelum ini. Tapi kemudian, kenyataan tersebut telah disanggah oleh Ketua Pemuda PAS tu sendiri.
Alasan yang diberikan, Exco Pemuda PAS tu hanya menyatakan "Pandangan Peribadi" dan ianya tidak mewakili suara Dewan Pemuda PAS tu secara menyeluruh berhubung isu tersebut.
"Kami berpandangan Datuk Seri Abdul Hadi masih diperlukan (sebagai Presiden PAS). Parti masih memerlukan beliau sebagai ketua," katanya kepada mStar Online.
Beliau mengulas mengenai saranan bekas Exco Pemuda PAS Pusat, Zulhazmi Shariff agar Abdul Hadi tidak dicalonkan sebagai presiden pada pemilihan parti itu akan datang.
"Saya tak fikir begitu (usaha gulingkan Abdul Hadi). Itu pandangan peribadi. Semua ahli PAS berhak memberikan pandangan. Namun akhirnya saya yakin PAS Kawasan bijak membuaat keputusan.
"Saya yakin PAS Kawasan tidak akan terpengaruh dengan pandangan individu, mereka ada pertimbangan yang lebih besar," katanya.
Maka persoalannya, adakah ianya masih boleh dianggap sebagai 'Pandangan Peribadi' sekiranya apa yang dinyatakan oleh Exco Pemuda PAS tu mewakili suara dikalangan ahli Pemuda PAS tu sendiri?
Kalau dah semuanya hanya dianggap sebagai satu 'Pandangan Peribadi', bermakna Exco Pemuda PAS tu tidak mempunyai sebarang hak untuk bersuara mewakili ahli dikalangan Pemuda. Jadi, ke mana perginya Hak Bersuara dikalangan mereka sendiri!!!
Pandangan peribadi sebab dikeluarkan oleh "Bekas Exco"
BalasPadam