Rabu, Januari 14, 2015

Alahai!!! Wayang apa pulak yang dilakukan oleh puak - puak PKR kali ini? Kenapa pulak Ketua Penerangan PKR boleh anggap yang tindakan Si Eric Pau-Seposen sebagai tidak wajar?

Bukan ke selama ini puak - puak Parti Khianati Rakyat tu menyokong Hak Kebebasan Bersuara dikalangan rakyat? Tapi kenapa pulak kali ini nada diorang kelihatan agak berbeza?

Dah hilang akal gamaknya Si Ketua Penerangan PKR ni. Mungkin dia juga sengaja nak memalukan Si Tipah Koyak yang sebelum ini kuat menyokong tindakan Si Eric Pau-seposen tu.

Andaikata jika benar Si Ketua Penerangan PKR tu anggap tindakan Eric tu salah dan tidak sewajarnya dikeluarkan, mungkin selepas ini dia juga boleh menjelaskan perkara yang sama kepada Si Tipah Koyak tu.

Atau mungkin Si Tipah Koyak tu anggap, kenyataan Si Ketua Penerangan PKR ni juga mempunyai agenda peribadinya yang tersendiri seperti mana yang dilakukan oleh IGP sebelum ini.

Mungkin Si Ketua Penerangan PKR tu boleh berikan penerangan kenapa dia sendiri menganggap tindakan tersebut sebagai satu penghinaan terhadap umat Islam secara terbuka. 

Kalau setakat bercakap saja je, tapi dikalangan mereka sendiri pun masih ada jugak yang sesat dan anggap tindakan Si Eric Pau-seposen tu betul, baik tak payah!!! Buang masa je diorang nak MENIPU rakyat!!!
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat senada dengan sekutunya, PAS apabila turut mengakui tidak bersetuju dengan tindakan peguam hak asasi manusia, Eric Paulsen mengkritik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Penerangannya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kenyataan Paulsen bahawa Jakim menyebarkan fahaman ekstremisme boleh dianggap sebagai penghinan kepada umat Islam.


"Saya tidak sepenuhnya bersetuju dengan kenyataan umum Eric yang boleh ditafsir menghina secara serkap jarang," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Alahai SH tak kan tak tau, itu adalah taktik politik untuk sementara waktu belum cukup kuat. Dulu kuat tapi kebelakangan ini bila PAS geng ulamak dah menarik sokongan kerjasama PR dah jadi lemah dan makin gersang. Hanya geng Liberal dlm PAS aje yang bising nak sangat duduk dlm kelambu Liberal PR. Depa panggil cool down period sebab takut PAS makin cepat keluar PR. Mukatamar PAS lambat lagi utk geng Liberal PAS nak pastikan kemenangan.

    BalasPadam
  2. Biasa lah SH. Org tak pernah solat jumaat, mcm2 ckp tak tau rukun jumaat, wajib jumaat. Mcm Tipah Koyak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping