Rabu, Januari 14, 2015

IRONIK bukan? Memandangkan Si Mahfuz Bean tu sebelum ini cukup lantang mengkritik tindakan yang dilakukan oleh Si Eric Pau-Seposen tu, apa salahnya dia ajar Si Khalid Samad tu pulak.

Oleh kerana puak - puak PAS tu rasa tindakan yang dilakukan oleh Si Eric tu satu tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan, maka mereka juga perlu perjelaskan perkara tu kepada Khalid.

Jika sebelum ini, Si Mahfuz Bean tu meluahkan rasa tak puas hati dia terhadap kenyataan Eric sambil menyatakan pendiriannya mewakili parti sebagai seorang Ketua Penerangan PAS Pusat. (KLIK SINI)

Namun, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Khalid Samad ni ternyata berbeza dengan apa yang diluahkan oleh Si Mahfuz Bean. Si Khalid Samad tu dilihat lebih menyokong tindakan Eric.

Dalam satu kenyataan, Si Khalid Samad tu mendakwa JAKIM tidak bertanggungjawab apabila membuat tuduhan melulu dan berprasangka buruk terhadap penganut agama lain.

Pada pemahaman Si Khalid, peringatan yang diberikan oleh Khatib sewaktu berada diatas mimbar terhadap ancaman - ancaman yang berada dihadapan mata adalah satu tindakan Ekstremis.

Bagi dia, peringatan supaya umat Islam berhati - hati dengan amalan Pluralisme dalam agama yang menganggap semua agama itu sama adalah satu tindakan ekstrem dan melampau.

Bahkan pada pandangan Si Khalid, ancaman dari fahaman Liberalisme agama yang membenarkan umat Islam hidup dengan cara menyesuaikan diri dengan keadaan semasa tidak wajar dilakukan.

Dalam kenyataan yang dibuat sebelum ini, Si Khalid tu juga turut mendakwa kegagalan pihak JAKIM sebagai punca umat Islam di Malaysia ni lemah dari segi kefahaman dan akidah.

Tapi hakikatnya, Si Khalid Samad tu sendiri lupa. Apa pulak tanggungjawab yang dia dah lakukan dalam memberikan kefahaman dan memperkuatkan akidah umat Islam di Malaysia ni?

Adakah tindakan membantah pengharaman penjualan arak dikawasan majoriti Melayu dapat membantu? Adakah menolak cadangan menghalang pekerja Muslim dipremis menjual arak juga dapat menambah kefahaman kepada Islam?

Adakah tindakan Khalid yang dilihat cepat melatah dan menyalahkan JAKIM sebagai 'Alat' kepada Barisan Nasional dapat memantapkan akidah umat Islam di Malaysia secara menyeluruh?

Jelas, Si Khalid Samad ni sendiri pun tak sedar dengan kelemahan serta kegagalan diri dia sendiri. Apa yang diutamakan hanya sekadar untuk menjaga sokongan demi kepentingan Politik Peribadinya semata - mata. Bukannya dia kisah sangat dengan akidah umat Islam!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping