Rabu, Januari 07, 2015

Heh! Nampak gayanya sudah pasti Si Azmin tu ada rasa tak puas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Rafizi tu sebelum ini. Bikin hati panas je kerjanya Si Rafizi tu.

Bagi sesetengah pihak, sudah tentu mereka akan melihat niat Si Rafizi tu hanya sekadar untuk 'menjilat ponggong' Si Ketua Penipu tu dan juga kroni - kroninya didalam PKR.

Jelas mereka, tindakan 'Mengampu' yang dilakukan oleh Si Rafizi tu sebelum ini adalah satu tindakan yang tidak wajar dilakukan kerana ianya akan memesong perhatian rakyat terhadap parti itu sendiri.

Dalam satu temubual dengan laman portal Pro Yahudi, Merosakkini sebelum ini, Si Rafizi tu mengakui bahawa PKR masih lagi bergantung harap kepada Si Ketua Penipu tu dan kroni - kroninya untuk teruskan perjuangan mereka. (Klik Sini)

Ianya tidak sama seperti apa yang pernah dibangkitkan oleh Si Azmin tu selepas Pilihan Raya Umum yang lalu dan yang pernah diulang semula sebelum himpunan Rakyat Hakim Negara.

Kata Si Azmin, PKR sekarang perlu membebaskan diri mereka dari fahaman 'Anwar Centric' dan perlu menumpukan perhatian kepada rakyat serta mengubah fahaman kepada 'People Centric'.

Apa yang jelas, kenyataan Si Azmin tu memang ada benarnya. Apa gunanya PKR terus menerus mengharapkan Si Ketua Penipu tu semata - mata? Sampai bila diorang nak bergantung kepada Si Ketua Penipu tu?

Dari sudut pandangan Si Azmin, dia ingin melihat jauh lebih ke hadapan. Jika PKR mahu terus kekal relevan dimasa akan datang, maka fahaman 'Anwar Centric' tu memang perlu dihapuskan.

Malangnya, niat Si Azmin itu bagaimana pun pernah dibidas oleh sesetengah pemimpin serta pengikut - pengikut PKR diperingkat akar umbi yang melihat tindakan Si Azmin itu hanya sekadar RETORIK semata - mata.

Mereka beranggapan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Azmin tu hanya sekadar luahan rasa kecewanya terhadap kepimpinan tertinggi PKR yang enggan menyerahkan kerusi Menteri Besar Selangor kepadanya.

Malah, ada juga dikalangan mereka yang berpendapat, kenyataan Si Azmin tu memperlihatkan sifat 'Tidak Mengenang Budi' yang selama ini telah ditaburkan oleh Si Ketua Penipu tu.

Realitinya, kata mereka, Si Azmin tu tidak akan mempunyai sebarang tempat serta kedudukan didalam parti jika bukan kerana belas ehsan dari Si Ketua Penipu tu selama hari ini.

Kesimpulannya, puak - puak Parti Khianati Rakyat ni sebenarnya memang tidak menjadikan rakyat sebagai tumpuan utama mereka. Sebaliknya mereka hanya mengutamakan perjuangan demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping