Sedih akak tu tengok MB 'Wayang' kena buli!!! |
Hah! Kan dah kena batang hidung sendiri. Sekarang, apa lagi yang Si MB Selangor tu nak kata? Apa lagi alasan yang PKR nak berikan diatas Pengkhianatan yang telah mereka lakukan?
Jika sebelum ini, demi untuk menghalalkan tindakan mereka melaksanakan agenda Langkah Kajang, bekas Pengarah Strategi PKR, Si Rafizi tu membuat dakwaan terhadap Si Khalid Ibrahim.
Maka sekarang, Si MB Selangor yang baru tu pulak perlu mencuci taik yang telah ditabur oleh Si Rafizi tu. Malah MB 'Wayang' Selangor tu turut dicabar untuk berhadapan dengan rakyat.
“Kalau berani datang jumpa kami. Datang 25 Januari ini, kalau dia buat sekelompok-sekelompok seperti yang dia kata di masjid sebagainya itu kita kata dia tipu.
“Kita cabar dia (MB), saya pengerusi badan bertindak Datum Jelatek mencabar Menteri Besar dan pihak PKNS turun 25 januari ini, jam 12 tengahari di tapak pembinaan projek Datum Jelatek,” tegasnya ketika dihubungi Antarapos.
Malah, beliau meminta Azmin berhenti menggunakan media dengan menyatakan isu tersebut sudah selesai sebaliknya datang menyatakan sendiri kepada penduduk Taman Keramat.
“Apa salahnya datang berjumpa dengan kita, bersemuka dengan kami. Ini tidak dia asyik guna media saja beritahu semua sudah (selesai)," katanya.
Salleh berkata baru-baru ini pihaknya telah mendapat surat daripada Datum Corparation yang mengatakan tidak akan ada lagi sesi penerangan kepada penduduk kerana ia sudah dilakukan pada 31 Mac tahun lalu.
“Dia (Datum Corp) kata sesi penerangan untuk penduduk dah tak perlu buat sebab dalam surat itu menyatakan sesi penerangan telah dibuat pada 31 Mac 2013 bertempat di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat dari jam 4 hingga 7 petang,” jelasnya.
“Jadi, bila saya dapat surat ini saya pergi semak dengan bekas nazir, Tuan Haji Kamaruddin dan semalam selepas solat Jumaat saya berjumpa dengan pengerusi yang sekarang Tuan Haji Rashid yang mengatakan perkara itu tidak pernah terjadi di masjid Keramat yang mengatakan Azmin dah turun jumpa penduduk itu semua tipu,” ujarnya.
Nah!!! Jelas, tindakan yang dilakukan PKR sebelum ini, menuduh Khalid Ibrahim membelakangi suara rakyat kini terpaksa dipikul pulak oleh Si MB Selangor yang baru tu.
Soalnya sekarang adakah berani Si MB Selangor yang baru tu nak sahut cabaran dan berhadapan dengan rakyat atau dia cuba nak 'Play Safe' demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi sendiri? Kalau setakat buang masa nak MENIPU Rakyat, baik tak payah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.