Rabu, Februari 25, 2015

Itu luahan kata - kata seorang sahabat apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh adik kepada Si Nurul Izzah tu semalam. Beria - ia benar dia menyokong kenyataan Si Nurul Nuha ni.

Dengan pelat bahasa Pahang yang cukup pekat, sahabat itu tadi menyatakan bahawa apa yang dinyatakan oleh anak Si Ketua Penipu tu memang benar belaka. Si Ketua Penipu tu memang dizalimi.

"Ye! Koi (saya) memang setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan ter. Memang Si Nuar ter (tu) dizalimi. Keknya (tapi), dia sendiri yang menzalimi diri dia".

Jelas sahabat itu lagi, apa yang benar mengenai kenyataan Si Nurul Nuha tu hanya bahagian bab dizalimi itu sahaja. Dan yang dizalimi bukannya ada kaitan dengan rakyat secara keseluruhan.

"Jadi, meknya (kenapa) deme (mereka) nak heret kome (kami/rakyat) dalam masalah yang ditempah oleh Ayoh (Bapa) dia pulak? Dia sendiri cari penyakit ter. Kome tak terlibat."

Jika semalam anak kepada Si Ketua Penipu tu tampil memberikan kenyataan kepada pihak media berhubung tindakan pihak keluarganya memfailkan permohonan pengampunan DiRaja.

Katanya, Papa dia tidak bersalah dan menjadi Tahanan Politik sambil menegaskan bahawa pihak keluarganya masih lagi yakin serta percaya kepada proses Perlembagaan di Negara ini.
"Ayahanda kami tidak bersalah dan telah dizalimi apabila beliau telah disabitkan dengan pertuduhan bersifat politik dan dihukum penjara lima tahun. Justeru ayahanda kami merupakan seorang tahanan politik," katanya.
Persoalannya, sejak bila pulak kes salah laku seksual dan perbuatan seks diluar tabiie ini menjadi salah satu daripada isu Politik sedangkan selama hari ini ianya dianggap sebagai salah laku moral Peribadi?

Kalau betul kes Liwat seumpama ini boleh diklasifikasikan sebagai salah satu daripada isu Politik, bagaimana pulak dengan tahanan lain yang turut dikenakan hukuman lebih berat dari itu?

Bagaimana dengan nasib Abdul Rahim yang sebelum ini terpaksa menjalani hukuman penjara 60 tahun serta disebat 22 kali kerana didapati bersalah atas tuduhan meliwat? (Klik Sini)

Hakikatnya, Si Ketua Penipu tu sendiri yang GAGAL untuk mengawal nafsu serakahnya sendiri. Dan ianya tidak ada kaitan lansung dengan Politik atau pun rakyat di Malaysia ni. Dia sendiri yang cari penyakit. Kenapa pulak orang lain yang nak kena tanggung!!! 
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Ayahda kami jadikan saipul mangsa liwat
    you check hukuman kes2 liwat berapa tahun mereka kena
    jadi semua yg meliwat tu TERANINYALAH ,,,,MCM NUAR
    BODOHHHHHHHHHHH

    BalasPadam
  2. Politic is all about popularity. Inilah taktik licik yang selama ini digunakan oleh Anwar. Sekarang dia sedang mempopularkan anak yang ni pulak. Bila popular, orang kenal, maka orang undi. Bloggers pro bn diharap tidak memberi publisiti murahan terhadap keluarga ini. Jangan sebut nama dia, hanya sebut anak Anwar, dan jangan siarkan pun gambar dia. Sepatutnya bn sudah mula mempromosi calon mereka biar orang kenal.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping