Selasa, Mac 24, 2015

Tak pasti la macam mana kita nak mengkategorikan orang yang buat laman fanpage palsu ni. Mungkin dia ada niat tersendiri untuk buat kerja - kerja yang tak berfaedah macam tu.

Tak pelik kalau orang yang tak bertanggungjawab tu segaja nak tunjuk kepada pihak tertentu yang dia buat kerja. Dan tak mustahil jugak jika dia 'Sayang Sangat' pada MB Pahang ni. 

Tapi kalau ye pun dia sayang pada MB Pahang tu, agak - agak la. Jangan la dia suka - suka hati je nak mempergunakan nama orang lain tanpa kebenaran. Apa yang pasti, tindakan dia tu bukannya membantu tapi hanya sekadar mengelirukan rakyat!!!
KUANTAN - Sepuluh buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuka akaun Facebook (FB) palsu menggunakan nama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
    
Laporan itu dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini terhadap pihak berkenaan yang menggunakan nama akaun 'Dato Sri Diraja Adnan Yaakob' kerana dipercayai cuba menjatuhkan nama baik, imej dan maruah beliau.
    
Penolong Pegawai Media Umno Pahang, Amir Rozaini Ahmad Rani berkata, paparan status yang dimuat naik dalam FB itu sama sekali tidak mencerminkan keperibadian Menteri Besar Pahang dan telah disalahgunakan oleh pihak terbabit.
    
"Itu akaun palsu dan ia juga dianggap sebagai satu bentuk provokasi berniat jahat bertujuan untuk memburukkan nama baik Menteri Besar Pahang sekali gus menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat negeri ini.
   
Akaun yang dipercayai dibuka sejak tahun 2012 ini dilihat semakin aktif sejak kebelakangan ini dengan aktiviti terkini dikesan pada Sabtu lepas memuat turun status berbaur provokasi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi GPMS negeri, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, laporan itu dibuat bagi mendesak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya segera menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan ke atas pihak terbabit.
    
"Selain itu, kita mahu pihak terlibat segera menutup akaun FB tersebut agar tidak timbul kekeliruan terhadap orang ramai," katanya.
    

Antara 10 NGO yang membuat laporan polis itu ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri, GPMS Kuantan, GPMS Paya Besar, dan Majlis Belia Negeri Pahang.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping