Jumaat, Mac 20, 2015

Sekali sekali, memang patut pun ada jugak orang yang nak cuit Si Menteri Besar Selangor ni supaya dia tak hidup dalam dunia dia sendiri. Biar dia sedar sikit, jangan asyik nak jadi MUNAFIK je.

Kalau sebelum ini, bukan main lagi dia nak rakyat di Negeri Selangor tu anggap diri dia macam 'Jokowi'. Tapi, itu semua hanya 'wayang sementara' belaka. Ternyata dia hanya berlakon.

Sekarang, bila dah lebih dari seratus hari dia memerintah, ke mana perginya keinginan dia untuk menjaga kebajikan rakyat sedangkan isu air di Negeri Selangor tu pun masih tak selesai lagi.

Kalau sebelum ini, sibuk sangat dia nak menjaga kebersihan sampai sanggup menerima sendiri rungutan serta aduan dari kalangan rakyat berhubung isu sampah tanpa mengira waktu dan masa.

Tapi, adakah tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu dibuat secara 'Istiqomah' atau ianya hanya sekadar melepaskan batuk ditangga untuk mengaburi mata rakyat?

Kalau la Si Menteri Besar Selangor tu beristiqomah dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada dia, takde la orang akan bising tak tentu arah. Betul tak?

Itu pasal la Si Menteri Besar Selangor tu telah dicuit oleh Bekas Setiausaha Politik Si Khalid Ibrahim mengenai janji yang telah ditaburkan sebelum ini. Tapi, Si Menteri Besar Selangor tu peduli ke tidak?
“Apa ni? Sampah merata Jalan Penghulu Abu Bakar. Tiada yang terjah. Oh, tahan satu bulan sahaja sesi terjah ini,” kata Faekah menerusi akaun Twitter miliknya.


“Saya juga dimaklumkan oleh pembantu rumah yang sampah-sarap di depan rumah saya sudah dikutip selepas saya tweet. Mungkin perkara ini kebetulan sahaja tetapi mana boleh setiap kali tweet, setiap kali itulah baharu sampah dikutip,” tegasnya.
Mungkin tumpuan Si Menteri Besar Selangor tu kini hanya diberikan disekitar kawasan Sungai Buloh saja kot. Sebab aduan yang paling besar datangnya dari 'Penghuni Tunggal' kawasan tu. Jadi, sebab itu la tempat lain dia biarkan sampah tu berlonggok - longgok!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Cakap tidak serupa bikin - tidak kurang dari 6 kali sms kat YAB Azmin sejak 3 bulan lalu tentang kekotoran Pasar Borong Selangor - langsung tiada tindakan.

    Betul-betul membazir kredit hp saja

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping