Biarpun desas desus mengenai Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin belum lagi diumumkan secara sah, namun ianya sudah menjadi perhatian rakyat didalam laman - laman media sosial.
Sejak petang semalam, kiriman whatsapp dari sumber yang tidak sah menyatakan bahawa Pilihan Raya tersebut akan diadakan secara serentak dengan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.
Mungkin disebabkan terlampau teruja sangat nak merebut kawasan membuatkan puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri tak sabar - sabar nak menahan ketaksuban masing - masing.
Bahkan sebelum ini pun, kita dah baca mengenai keterujaan puak - puak PAS nak mencalonkan nama Yang DiPertua Kawasan Rompin bagi merebut kawasan Parlimen tersebut.
(Artikel Berkaitan: MB Pahang Masih Belum Hilang Akal!!!)
Tapi lain pulak dari khabar angin yang menjadi perbualan hangat. Katanya, PAS Pahang buat keputusan dan ketetapan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin nanti.
Katanya, keputusan tersebut dibuat kerana mahu menghargai serta menghormati Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang telah banyak membantu serta menyumbang bakti kepada rakyat.
Mereka kata, keputusan itu dibuat sebulat suara sebagai satu langkah membalas jasa yang telah dibuat oleh Barisan Nasional sewaktu kematian Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz sebelum ini.
Kalau benar khabar angin yang diperkatakan tu, Alhamdulillah. Ianya memang satu keputusan yang cukup bijak bagi pihak PAS untuk terus mendapat sokongan dari kalangan rakyat.
Lagi pun, PAS bukannya tak pernah buat perkara yang sama di Pahang. Bukan ke sebelum ini PAS juga tidak menurunkan calon dan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Batu Talam, Raub?
Alasan yang diberikan PAS ada ketika itu ialah untuk menghormati kematian Allahyarham ADUN yang telah meninggal dunia. Jadi, tak salah sekiranya PAS buat benda yang sama kali ini.
Setidak - tidaknya PAS mampu untuk mempamerkan imej yang lebih baik dimata rakyat dan menonjolkan sifat Politik Matang dikalangan mereka sendiri. Itu pun kalau diorang nak kredibiliti diorang meningkat dikalangan rakyat la. Kalau tidak, korang fikir sendiri!!!
Vrooom. .Vrooom. .tiba2 U-turn
BalasPadam