Belum sampai tempoh dua puluh empat jam masa berlakunya kejadian, tapi dah ada pihak yang biadap mengeluarkan status dilaman media sosial bercerita mengenai Pilihan Raya Kecil Rompin.
Punya la kemaruknya diorang ni nak merebut kuasa sampai tak de lansung sifat perikemanusiaan yang mampu ditonjolkan sebagai tanda simpati terhadap mereka yang terlibat.
Belum apa - apa lagi diorang dah mula hilang akal dan kecoh membuat pengumuman dilaman media sosial. Itu membuktikan yang diorang rakus sangat nak kejar jawatan dan kuasa.
Nama je parti yang KONONnya memperjuangkan Islam. Tapi perwatakan mereka yang berada dibawah, lebih kurang sama je dengan perangai pemimpin - pemimpin atasan. Sikit pun tak mempamerkan imej Islam. Sebaliknya, semua sakit otak belaka!!!
Status dilaman Facebook ini telah dimuat-naikkan beberapa jam selepas laporan media menyiarkan tragedi nahas helikopter semalam. |
Mujur la MB Pahang masih lagi rasional dan tak terikut - ikut dengan perangai puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Walaupun ada yang kata MB Pahang ni 'Brutal', tapi setidak - tidaknya, dia masih belum hilang akal dan pertimbangan!!!
KUALA LUMPUR: "Masih terlalu awal untuk bercakap mengenai Rompin, bila tiba masanya, kami pastinya akan memaklumkan kepada rakyat mengenai rancangan kami," kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Adnan berkata beliau sangat sedih dengan kematian mengejut Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, yang dianggap sahabat sejak hampir 30 tahun.
"Bagi pihak diri saya, Negeri Pahang dan Umno Pahang, kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Jamaluddin dan juga semua keluarga mangsa kemalangan nahas helikopter," katanya.
Adnan berkata, sumbangan Jamaluddin untuk agama, bangsa dan politik sangat dihargai dan dikenang.
"Saya berharap badan penyiasatan akan melakukan siasatan menyeluruh dan membentangkan laporan mereka. Hanya selepas keputusan siasatan nahas dikeluarkan, kami (kerajaan negeri) akan buat keputusan selanjutnya," kata Adnan ketika ditemui selepas pengebumian jenazah Jamaluddin di Makam Masjid Negara di sini hari ini.
Beliau turut menyifatkan Anggota Parlimen Rompin itu sebagai seorang yang mempunyai watak berwarna-warni dan ceria.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.