Sabtu, Mei 09, 2015

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Mohd Amar Abdullah berkata, hanya ulama sahaja yang harus memegang jawatan presiden dan timbalan presiden kerana mereka adalah platfom terbaik untuk melaksanakan perjuangan parti tersebut.
"Ini merupakan intipati PAS sebagai sebuah parti Islam, namun saya tidak mengatakan bahawa mereka yang bukan ulama tidak boleh bertanding untuk jawatan tertinggi," kata beliau dalam ucapannya ketika melancarkan Muktamar Pemuda PAS Negeri, di sini, Sabtu.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada Jumaat mengumumkan niat untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti akan datang pada Jun.

Pada sidang akhbar, Mohd Amar berkata, akar umbi jelas mahu ulama menerajui parti berdasarkan jumlah pencalonan yang diterima oleh Hadi Awang untuk mempertahankan jawatannya dan Tuan Ibrahim untuk Timbalan bertanding jawatan itu.

Sementara itu, menjawab soalan lain, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata beliau kecewa dengan kritikan kerjasama Umno-PAS berkaitan undang-undang hudud.
"Kita perlu bantuan Umno dalam merialisasikan impian untuk melaksana dan menguatkuasakan undang-undang Hudud di Kelantan kerana Umno memegang kunci kepada Kerajaan Persekutuan.
"Tetapi ramai yang memutarbelitkan kerjasama ini pada permulaan penggabungan antara kedua-dua pihak. Mengapa tiada orang yang mempersoalkan kunjungan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ke Putrajaya untuk bertemu Perdana Menteri? Boleh kita simpulkan bahawa DAP dan Umno dibolehkan untuk bekerjasama?," ujarnya.
Mohd Amar mengakui bahawa PAS akan kerugian jika Umno tidak menepati janji mereka untuk membantu Kelantan melaksanakan Hudud sehingga ramai berkata bahawa PAS jatuh dalam perangkap UMNO.

Tinggal lagi, macam mana PAS nak laksanakan Hudud jika pemimpin parti tu sendiri pun TAKUT nak memperjuangkannya? Malah ada jugak pemimpin PAS yang menolak perlaksanaan Hukum Hudud tu secara terang - terangan!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping