Status Facebook Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Pusat, Datuk Teng Chang Khim adalah bermotifkan desakan kepada PAS agar tidak terus memperjuangkan hudud kerana ia didakwa menyebabkan kekalahan kepada calon Pas di Parlimen Rompin.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berkata, status itu juga seolah-olah mengaitkan hudud sebagai punca kekalahan PAS di Rompin.
Menurutnya, status berkenaan tidak berasas dan Chang Khim harus sedar bahawa isu hudud tidak boleh mempengaruhi pengundi di Rompin kerana majoriti pengundi adalah berketurunan Melayu dan beragama Islam.
“Hudud adalah satu kewajipan kepada umat Islam. Ia penting. Bila isu itu dimainkan, ia langsung tidak memberi kesan kepada pengundi di sana.
“Pandangan Chang Khim juga adalah berat sebelah. Sebagai wakil rakyat yang bukan beragama Islam, dia tidak harus mencampuri perkara yang berkaitan dengan agama Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan Adun Sungai Pinang itu memuat naik status Facebook berbunyi, ‘Iktibar Rompin: Isu hudud tidak menguntungkan PAS, UMNO tewas atas GST’.
PS: Masalahnya, macam mana isu berkaitan dengan perlaksanaan Hukum Hudud tu nak membantu PAS dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin kalau diorang nak sebut perkataan HUDUD tu pun diorang Takut!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.