Sabtu, Jun 13, 2015

Alamak ai!!! Malu betul la siapa yang pergi dedahkan kenyataan yang mengatakan harga Tol naik hari ni kepada orang luar tu ye. Sekali yang datang buat penafian adalah pihak konsesi sendiri.

Dah tak de kerja lain orang yang duduk dalam Kabinet tu gamaknya. Elok - elok dia pegang jawatan tinggi, rupanya jadi Pengkhianat. Baik orang macam tu jadi Perompak atau pun Penjenayah.

Setidak - tidaknya, perompak atau penjenayah ni takde la malu sangat kalau dia kantoi dengan pihak berkuasa. Takde la macam Ahli Kabinet yang membocorkan rahsia Kerajaan ni.

Sekarang harga Tol yang digembar gemburkan dalam laman media sosial semalam dilaporkan tak naik oleh pihak Konsesi sendiri. Apa lagi yang Si Pecah Lobang tu nak buat lepas ni?

Persoalannya, apa yang dia dapat dengan menyebarkan maklumat dalam mesyuarat tu kepada umum? Adakah dia akan dapat pingat dan jadi Hero dikalangan rakyat? Atau, adakah dia akan dapat pahala besar jika dia pecah amanah? Kalau setakat mengabihkan masa je, baik tak payah!!!
KUALA LUMPUR - Tiada sebarang arahan rasmi atau surat berhubung kenaikan tol daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM), diterima syarikat konsesi lebuh raya utama di negara ini, hari ini.

Rata-rata syarikat konsesi tersebut memberitahu Bernama, mereka belum mendapat sebarang notis rasmi meskipun terdapat laporan di akhbar dan portal dalam talian yang menyebut akan ada kenaikan tol tidak lama lagi.

Jurucakap Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) yang mengawal selia Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Sprint berkata pada kebiasaannya, arahan rasmi berkaitan kenaikan tol akan diberikan pihak berkuasa seperti JKR dan LLM sebelum pihaknya boleh menguatkuasakan kenaikan tol.

"Kita tidak terima apa-apa arahan daripada LLM mahupun JKR untuk kenaikan tol. Kadar tol akan kekal pada kadar lama," katanya.

Senada dengannya adalah jurucakap Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) yang memberitahu, pihaknya masih menunggu arahan rasmi daripada kerajaan sebelum boleh menguatkuasakan sebarang kenaikan tol.

Sementara itu jurucakap Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) pula menjelaskan pihaknya tidak mendapat sebarang maklumat mengenai kenaikan tol. 


Dalam pada itu, Ketua Komunikasi Korporat Plus Malaysia Berhad, Mohd Nizam Ismail berkata kenaikan tol seperti digembar-gemburkan itu tidak melibatkan lebuh raya tersebut.
Categories:

2 ulasan:

  1. bagus juga pecah lobang...kalau tak suka suka menteri aje buat keputusan...kenapa takut pechah lobang???

    BalasPadam
  2. Mmg la Tak naik...masih DLM perbincangan kabinet. Tapi niat tu dah ada..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping