Isnin, Jun 29, 2015

Ketua Wanita Umno Gopeng, Datuk Hamidah Osman menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya beliau menghantar surat peletakan jawatan dalam Umno.

Beliau yang dihubungi Sinar Harian menegaskan tindakan itu sebagai fitnah terbaharu yang dilemparkan ke atasnya disebabkan kelantangannya terhadap isu syarikat 1MDB.

Menurutnya, mesej yang tersebar mengenai peletakan jawatannya itu diketahuinya malam kelmarin melalui rakan-rakan.
“Saya tak ambil serius sangat perkara ini. Ini lumrah dalam politik bila kita kritik pemimpin atasan, pasti ada yang tak senang dan langkah akhir mereka dengan fitnah saya.
“Memang tiada langsung kenyataan seperti itu dibuat malah berdasarkan nombor telefon dan gaya penulisan juga bukan dari saya,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Beliau mengulas mengenai mesej mendakwa beliau dan adiknya, Hamizura Osman meletak jawatan dalam Umno yang menjadi viral dalam sosial. Sementara itu, Hamizura berkata, beliau dan Hamidah sudah mengetahui tentang penyebaran mesej berkenaan lebih awal.

Katanya, setakat ini mereka berdua tidak merancang untuk mengambil tindakan terhadap penyebaran mesej itu.
“Saya yakin penyebaran mesej itu ada kaitan dengan kelantangan kami menyerang 1MDB dalam Facebook.
“Biarkan sahaja mereka. Kita tak nak buang masa cari dalang siapa yang sebarkan mesej itu tambahan bulan Ramadan yang mulia ini. Harap yang terlibat bertaubat,” katanya.
Sejak semalam, mesej yang menyatakan Hamidah dan Hamizura akan menghantar surat peletakan jawatan mereka kepada Setiausaha Agung Umno tersebar di laman sosial serta mengundang pelbagai reaksi.
Categories:

2 ulasan:

  1. psy war technique methods,hmm.........

    BalasPadam
  2. Isu remeh dari si bankrup pemikiran dan psywar cetek

    Seorang itu seorang tua yang dibantu hulurkan selipar untuk dipakai.

    Manakala seorang lagi pula seorang wanita 64 tahun sedang sakit kaki dibantu hulurkan selipar untuk dipakai.

    Bezanya lelaki dan wanita. Persamaannya dua-dua dimudahkan masaalah mereka.

    Dengar berikut dari yang mengiring ketika majlis: Macam tak pernah ke masjid lihat orang separuh umur atau berumur ada masaalah kaki lalu solat atas kerusi.theunspinners.blogspot

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping