Hek eleh Mamat ni! Kalau bercakap bukan main lagi. Boleh gugur bumbung dalam dewan dibuatnya. Kalau depan wartawan, berlagaknya macam la dia bagus sangat. Tapi hakikatnya, sama HAMPAS je!!!
Dalam keadaan kemelut yang melanda Pakatan Haramjadah tu pada ketika ini, kita boleh tengok Si Mamat ni mula mengeluarkan kenyataan yang juga boleh dianggap Sombong dan Angkuh.
Mentang - mentang la dia ada penyokong dikalangan puak - puak DAPigs tu, bukan main berlagak lagi dia keluarkan kenyataan yang dilaporkan oleh pihak media. Itu tandanya orang lupa diri.
Sebelum ini, Si Phahrolrazi tu pernah kata yang dia sanggup dipecat dari menjadi Ahli PAS kerana bertindak mendahului parti dan engkar dengan arahan yang diberikan oleh pucuk pimpinan PAS Pusat.
Sekarang, kenyataan tersebut disebut dengan lebih lantang lagi selepas dia buat pengumuman nak menubuhkan sebuah parti baru untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Haramjadah tu.
Kata Si Phahrolrazi, dia boleh terima keadaan tersebut memandangkan ianya sudah menjadi satu kebiasaan dikalangan ahli yang tidak boleh menjadi ahli kepada lebih dari satu parti Politik.
“Ini satu hakikat perlu diterima dalam kaedah dan keahlian parti politik, hanya satu parti politik sahaja yang berlaku dalam satu-satu ketika, jadi dia tidak boleh jadi dua parti politik.
“Jadi apabila ditubuhkan parti politik baru, jadi sudah tentu kita menyertai parti baru sebab kita yang usahakan, jadi secara automatik kita perlu meninggalkan parti lama,” katanya kepada Antarapos dalam satu temubual eksklusif yang diadakan di sini.
Soalnya, kenapa pulak dia nak tunggu orang pecat dia? Adakah dia tak cukup telur untuk ambik tindakan dan keluar dari parti tu sendiri kalau dia rasa diri dia lebih bagus dari orang lain?
Tolong la Brader! Kalau nak tunjuk lagak pun, biar la ada maruah sikit. Jangan tunjuk Hero tapi hakikatnya dia BACUL nak ambik tindakan sendiri. Kalau betul dia ada maruah, keluar dari parti tu, tak payah tunggu orang lain pecat! Kalau tak berani, jangan cakap banyak la!!!
kalau tak salah, kalau salah tolong betulkan. mamat papurazi ni bukan ke adun. takut keluar parti ada baiah. kalu kena pecat masih kekal adun. tu yg tak nak letak jawatan.
BalasPadam