Selasa, Jun 16, 2015

Dulu Mamat ni adalah tukang kopok dan tukang tabur fitnah terhadap Kerajaan Barisan Nasional. Ketika Pakatan seperti mendapat bulan jatuh ke riba, tiba - tiba mamat ini menongkah arus.

Kenapa dan mengapa? Jika kita lihat hari ini, penyokong - penyokong Pakatan Haramjadah tu begitu bersemangat dan memberikan sokongan padu kepada Mantan PM yang sedang menghentam Perdana Menteri.

Tetapi sebaliknya pulak yang dilakukan oleh Mamat ini. Mungkinkah dia sudah insaf dan bertaubat meninggalkan rakan - rakan lainnya yang masih aktif serta giat dalam menabur fitnah?

Atau, adakah Mamat ini ada agenda lain yang tersembunyi setelah khidmatnya tidak diperlukan lagi sebagai Ayam Tambatan apabila tugasnya dahulu sekarang sudah diambil alih oleh Si Rafizi?

Cuba kita fikirkan. Mamat ini sanggup berhabis duit untuk melancarkan kempen memerangi Tun Mahathir dengan menerbitkan buku poket bertajuk 'Wajah Sebenar Mahathir'.

Katanya, Mamat ini telah mencetak sebanyak 40,000 buah naskah buku yang akan diedarkan kepada rakyat dan akan mengulang cetak lagi sekurang - kurangnya sebanyak 60,000 lagi.

Kenapa dia sanggup korbankan duitnya dan bekerja keras untuk mendapatkan sumbangan? Adakah dia hanya mengejar sumbangan dari kalangan mereka yang Pro Najib untuk membeli naskah tersebut?

Untuk apakah mamat ini sanggup menjelajah ke seluruh negara menjaja kempen #sudahlahMahathir? Kenapa mamat ini sanggup melakukan semua ini. Mungkinkah duit - duit upah tabur fitnah dulu sudah habis digunakan?

Atau mungkin Mamat ni ada 'dendam peribadi' terhadap Tun Mahathir yang kita sendiri pun tak tau sampai hari ini. Kalau tidak, kenapa dia beria - ia sangat nak lancarkan kempen tersebut?

Paling tidak, Mamat ni mungkin juga diupah untuk terus melaga - lagakan kepimpinan UMNO yang ada pada hari ini bagi menghangatkan lagi keadaan sehingga tiba Pilihan Raya Umum nanti.

Apa pun tujuan sebenar Mamat ni perlu dipantau dan diberi perhatian supaya jangan sampai dia jadi 'Musang Berbulu Ayam'. Bak kata pepatah yang biasa kita gunakan, kalau dah dasar PENIPU tu, maka PENIPU la jugak!!!
Categories: ,

6 ulasan:

  1. Sama je integiriti cikgu bard ni dengan sebahagian besar pemimpin umno lain.

    Tiada integriti, cakap sudah tidak boleh dipercayai.

    BalasPadam
  2. Kesiannn cikgu ni....bengkrap di akhirat pahala ibadah habis di bagi kpd org yg di fitnahnya masa kat dunia dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Gu ni, tak ada sedikit pun nak perjuangkan agama bangsa dan negara, lebeh pentingkan diri politik dari kesatuan bangsa; inilaj penghianatan pada agama bangsa dan negara.

      Padam
    2. Saya harap Tun M tidak lagi mengkeritik PM berilah beliau peluang mengatasi masaalah yg sedang melanda negara.

      Padam
    3. isunya pm yg buat masalah banyak.rakyat masih menanti jawapannya.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping