Isnin, Jun 22, 2015

Soalnya, kenapa mereka yang dipilih ni tak buat tuntutan agar di-HARAM-kan terus pengusaha - pengusaha Bauxide yang tak bertanggungjawab tu? Takkan diorang setakat pandai bergambar je!!! 
Seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini, pihak Kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap pengusaha - pengusaha Bauxide ni, termasuk mengharamkan aktiviti tersebut.

Kalau kita lihat sentimen dikalangan rakyat pada ketika ini pun, rata - rata mereka yang terdedah kepada aktiviti tersebut semuanya marah dengan tindakan pengusaha yang tidak bertanggungjawab.

Pelbagai usaha penguatkuasaan sudah pun diambil, namun masih ramai pengusaha yang tidak mempedulikannya. Rakyat disekitar kawasan Daerah Kuantan masih lagi melihat pencemaran itu berlaku.

MALANGNYA, penduduk disekitar kawasan tersebut tidak boleh lagi bergantung harap kepada wakil - wakil rakyat yang telah dipilih dalam kawasan tersebut kerana GAGAL membuat pendirian yang lebih tegas.

Tidak seperti apa yang mereka lakukan sewaktu membantah pembinaan kilang Lynas sebelum ini. Kenapa diorang tidak desak pihak Kerajaan agar mengharamkan terus pengusaha - pengusaha Bauxide ni?

Kalau dalam isu pembinaan kilang Lynas diorang boleh gunakan isu pencemaran alam sekitar untuk buat desakan supaya kilang tu ditutup, kenapa tidak dalam isu berkaitan dengan Bauxide ni?

Bahkan sewaktu dalam sidang DUN hari tu pun, wakil rakyat yang telah dipilih takde pulak buat cadangan mendesak agar pihak Kerajaan mengharamkan terus pengusaha - pengusaha yang tak bertanggunjawab tu.

Sebaliknya, mereka hanya membuat tuntutan agar langkah - langkah jangka masa pendek sahaja diambil. Namun jika dilihat dari satut sudut, tuntutan yang diorang buat tu masih tak menyelesaikan masalah.

Masalahnya sekarang ni, walaupun penguatkuasaan dibuat secara ketat, pencemaran tetap jugak berlaku. Pengusaha yang tak bertanggungjawab masih juga berleluasa dikawasan yang terlibat.

Dan kalau kita lihat dari pandangan yang diberikan melalui laman media sosial, rata - rata mempelihatkan seolah - olah mereka turut mendesak agar pengusaha - pengusaha Bauxide ni diharamkan terus dari menjalankan aktiviti mereka.

Jika difikirkan dari segi logik akalnya, kalau takde pengusaha Bauxide ni, maka sudah pasti pencemaran dikawasan yang terlibat tidak akan berlaku. Tapi persoalannya, berani ke wakil rakyat yang berkenaan nak buat desakan tersebut? Kalau setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping