Heh! Bila baca kenyataan yang disiarkan dibawah ni, teringat pulak dialog yang diluahkan oleh Arwah Ibrahim Din dalam cerita Laksamana Do Re Mi tu masa nak selamatkan Tuan Puteri kat dalam gua.
Ayat dia sumpah Bomoh tu suruh melompat macam Katak dikeluarkan sebelum dia tiup bangsi hikmat dia. Tapi salah bomoh tu jugak la. Siapa suruh dia nak sangat jadi Barua Menteri Pasola tu.
Semuanya demi nak meraih keuntungan peribadi semata - mata. Orang suruh buat apa pun dia sanggup lakukan walaupun Si Bomoh tu tau yang kerja dia hanya sia - sia belaka. Dan penyudahnya, dia jugak yang jadi KATAK!!! Hidup satu sen pun tak guna!!!
Krisis hubungan Pakatan Rakyat (PR) dijangka bertambah parah apabila timbul ramalan mengatakan berlakunya lompat parti di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya PKR dapat mengekalkan kuasa mentadbir negeri.
Akhbar Sinar Harian memetik penganalisis politik Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, pentadbiran PKR dengan sokongan DAP meletakkan parti itu berada pada majoriti mudah.
Namun, katanya, kedudukan itu tidak selesa kerana majoritinya terlalu kecil. "Budaya tawar menawar akan berlaku, lebih buruk lagi akan ada yang lompat parti," Samsul dipetik berkata akhbar itu.
Beliau menolak andaian PKR akan membubarkan DUN bagi mengelakkan berlakunya "krisis MB 2.0", merujuk kepada krisis menteri besar kedua selepas Selangor tahun lepas, malah krisis dalaman PAS dan DAP juga tidak akan selesai.
Katanya, membubarkan DUN akan melibatkan kos besar, menyebabkan PKR tiada pilihan kecuali mentadbir dengan kerusi majoriti mudah.
"Walaupun situasi sekarang agak mengelirukan susulan pembubaran PR, namun DUN masih boleh berjalan dengan majoriti mudah," katanya.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali kelmarin menolak dakwaan pihaknya akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan kedudukan politik semasa selepas PR diisytiharkan bubarnya.
Tu yang Sultan Selangor arahkan MB Asmin tu bersumpah, sekarang dia jalan cara tak betul maka musnah binasalah diri Mamat Asmin ini dimakan sumpah sendiri. Sedih mengenangkan bangsa Melayu yang semakin rosak akhlak dan iman mereka hanya kerana kuasa dunia yang kecil lagi sementara.. Alahai anak emas Nuar jubo ini, apalah nasib..
BalasPadam