Huh! Pelikkan? Kenapa pulak sejak kebelakangan ni kita tengok puak - puak PKR ni suka sangat bila mendengar cerita yang puak - puak PAS tu bakal berpecah belah dan porak peranda?
Malah, kalau kita tengok dari satu sudut, kepimpinan PKR dipelbagai peringkat menunjukkan seolah - olah diorang gembira dengan perpecahan yang melanda PAS pada ketika ini.
Nak pulak Ketua Cabang PKR Jelebu tu sebelum ini. Bukan main bangga lagi dia buat posting dalam laman media sosial dia sambil menjadi Batu Api untuk memecah-belahkan PAS.
Dan yang lebih memeranjatkan kita ialah apabila Si Azmin tu sendiri pun dilihat seolah - olah mengalu - alukan penubuhan sebuah parti baru serpihan PAS bagi menggantikan parti itu didalam Pakatan.
Semalam kita dah baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PASMA-Cai mengenai penubuhan sebuah lagi parti Politik yang akan mengambil alih peranan utama PAS dalam Pakatan.
Ekoran dari kenyataan tersebut, Si Menteri Besar Selangor tu pun turut dilihat menyambut baik kenyataan yang dibuat dan seterusnya mengalu - alukan cadangan puak - puak PASMA-Cai tu.
SHAH ALAM: Pakatan Rakyat terbuka dan mengalu-alukan penyertaan sebuah parti baharu yang dicadangkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), kata Mohamed Azmin Ali.
"Mana-mana pihak yang berpegang kepada dasar dan polisi Pakatan...kami alu-alukan," kata Timbalan Presiden PKR itu pada Sabtu.
Apa yang menghairankan kita ialah, kenapa Si Azmin tu mudah sangat lupa diri? Kenapa dia mudah sangat lupa akan jasa yang telah disumbangkan oleh PAS kepada dia sebelum ini?
Bukan ke pada ketika PKR merancang untuk melaksanakan agenda Langkah Kajang, puak - puak PAS tu yang memberikan sokongan tanpa belah bahagi kepada dia secara terang - terangan?
Bahkan pengorbanan PAS dalam memberikan sokongan tersebut telah membuka ruang yang cukup luas kepada parti tersebut untuk dijadikan bahan serangan Politik oleh puak - puak DAPigs.
Nampak sangat dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Azmin tu membuktikan bahawa dia bukan la seorang pemimpin yang Setiakawan. Sebaliknya, dia hanya mempergunakan PAS untuk mencapai matlamat demi kepentingan Politik Peribadi dia sendiri je!!!



Mungkin mereka (pemimpin PKR) gembira sangat sebab memikirkan sebahgian ahli PAS biasa akan bertindak "menyebelahi" PKR sebab PAS sedang huru-hara kata mereka. Ahli-ahli PAS ini sudah tentu orang Melayu yang jiwa mereka sedang bercelaru kerana mereka tahu Guan Eng kata PAS memang parti pemimpin yang tak tahu malu. Maruah PAS habis di londeh oleh si Guan Eng yg juga pernah jadi rakan sebantal parti PAS.
BalasPadamUMNO walaupun di beri gelaran yang bukan-bukan olih parti lawan belum pernah terima penghinaan begitu teruk dek DAPigs macam parti PAS, Orang PAS yang ingin mengubah "kiblat" politik, mereka harus renung kembali persamaan PKR dan DAP juga PASMA. Bukan kah mereka ini adalah parti yang ketua pemimpin mereka adalah Kit Siang dan Guan Eng. Bukan mereka ini adalah pemipin parti musuh Islam seMalaysia? Mereka peduli apa dgn kalimah ALLAH yang telah di Syirikkan olih gereja Keristian? Ada mereka kesah tentang Hudud dan hukum ALLAH? Bagi kereka perjuangan agenda mereka adalah jauh lebih penting dari keutamaan akidah dan hukum Islam itu sendiri.
Akhirnya cuma orang Melayu sahaja yang tak kisah untuk menyokong agenda sesat parti pembangkang. Yang masih mengaku Islam dan yang tidak tidak ada sifat berdendam didalam hati sudah tentu akan nampak perjuangan parti politik mana yang lebih teruk di zaman ini.
Dlm pakatan terdapat 1 parti baru PASMA adik beradik PAS yg bakal ditubuhkan selepas raya ni.dlm Harakah 14 hb kata tak bercadang nak bergabung dgn UMNO.Nak berjuang cara bersaorangan.Pakatan pun tak mahukan PAS.Kesian pd Pas.Lepas mutamar Pas dah berpecah.Kita tunggu kemana halatuju Pas.Parti Islam yg tak berapa Islam
BalasPadam