Alamak ai!!! Kita ingatkan bila Si Ecah ni dah 'Berhijrah' maka perangai dia pun turut berubah jugak. Tapi rupanya, 'Hijrah' dia tu hanya perubahan dari segi bentuk luaran je. Bukannya dalaman.
Kita ingatkan Si Ecah ni tak serupa la dengan orang lain. Tapi ternyata Si Ecah ni hanya sekadar seorang manusia biasa yang tak lari dari sifat yang suka kepada perkara - perkara duniawi.
Orang lain kalau menerima kekalahan ni, sudah pasti mereka juga turut menerima Qada' dan Qadar serta menunjukkan jiwa besar mereka untuk terus kekal bersama dengan jemaah.
Tapi dengan Si Ecah ni lain pulak ceritanya. Melihat dari status yang dia buat dilaman media sosial Facebook milik dia, nampak sangat yang dia kecewa dengan keputusan pemilihan PAS baru - baru ini.
Sambil dia perli kepimpinan Muslimat PAS yang nak lantik dia jadi Ahli Jawatakuasa mereka tu Si Ecah tu juga turut menyindir kepimpinan PAS yang menggelarkan orang seperti dia sebagai 'Jebon'.
“Pimpinan tertinggi sepatutnya boleh hentikan label melabel ni, tapi tak dibuat gitu, takpelah lagipun tahun yang kehadapan ni saya ada perancangan lain, biarlah orang lain buat kerja, jemaah kan ramai sampai 1 juta lebih…apa sangatlah beberapa orang duduk diam berehat dulu kan,” katanya.
Tapi yang lebih kelakarnya ialah apabila Si Ecah tu kata PAS yang sekarang ni dah tak serupa dengan PAS yang dulu. Dia kata PAS sekarang ni dah tak terbuka kepada semua orang.
Kiranya Si Ecah ni tengah ketagih 'Janji Manismu' la sekarang ni. Dia kemaruk nak tengok PAS tu jadi BARUA kepada puak - puak DAPigs dan PKR. Jadi, sebab itulah dia meroyan tak tentu arah.
Hakikatnya, Si Ecah tu yang selama hari ini membutakan mata dia sendiri. Realitinya, PAS tak pernah berubah sekali pun. Yang berubahnya hanya mereka yang jadi Ahli PAS tu sahaja.
Diorang ingat bila diorang dah jadi ahli, diorang dapat 'Ubah' PAS tu dari dalam. Diorang ingat, dengan menjadikan parti itu sebagai BARUA kepada Pakatan boleh membuatkan parti itu menjadi Liberal.
Tapi Si Ecah tu kena ingat! Yang buat pemilihan tu adalah dari kalangan ahli - ahli diperingkat bawahan. Dan keputusannya, mereka yang tidak meredhai parti menjadi BARUA kepada orang lain.
Jadi, tak perlu la Si Ecah tu nak makan hati sangat dengan keadaan yang berlaku pada ketika ini. Dia tak perlu la nak tunjuk rasa kecewa dia sedangkan yang bersalah adalah diri dia sendiri. Dia yang GAGAL memahami dasar perjuangan parti, siapa suruh!!!


0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.