Hek - eleh! Malu - malu kucing pulak Si Mahfuz Bean ni bila wakil pihak media tanya pasal Jawatankuasa PAS Pusat yang menawarkan dia jawatan sebagai AJK lantikan baru - baru ni.
Nampak sangat yang Si Mahfuz Bean tu cuba jugak nak sorok rasa teruja dia bila dapat tahu yang dia merupakan salah seorang yang telah ditawarkan jawatan lantikan tu selain dari Si Din Pudu.
Untuk tidak memperlihatkan yang dia gembira kerana mendapat tawaran tersebut, maka Si Mahfuz Bean tu bagi la alasan kononnya dia masih belum terima sebarang surat mengenai perkara tersebut.
"Macam mana saya nak terima atau tidak (pelantikan) sedangkan saya tak dapat pun surat. Saya akan jawab secara bersurat terima atau tidak selepas dapat surat lantikan. Buat masa ini saya ada di Kedah dan tak diberitahu apa-apa mengenai pelantikan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.
Sebelum ini, perlantikan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Lantikan itu telah diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan oleh laman media yang sama.
Kata Si Tuan Ibrahim, surat mengenai perkara tersebut sudah pun dikeluarkan dan Si Mahfuz Bean tu juga turut tersenarai sebagai salah seorang yang ditawarkan selain dari Si Din Pudu.
"Kita sudah keluarkan surat pelantikan kepada semua yang berkenaan pada minggu lalu. Namun kami tidak menerima apa-apa maklumat penolakan. Jadi kita anggap mereka menerima pelantikan berkenaan," katanya.
Tinggal lagi, apa yang membuatkan Si Mahfuz Bean tu terpaksa menyorok perasaan teruja dia pada ketika ini ialah apabila ada pihak yang membuat dakwaan kononnya dia akan menolak perlantikan tersebut.
Lagi pun, dikala semua orang yang KALAH dalam pemilihan parti baru - baru ni semuanya buat ketetapan untuk menolak perlantikan tersebut, takkan pulak Si Mahfuz Bean tu nak terima. Dah tentu - tentu orang akan kata dia ni jenis yang kemaruk Gilakan Jawatan!!!
Mat Sabu tak dilantik sama ke? Kesian kat dia juga lah.......banyak jasa nya pada PAS. Ha ha ha.......!
BalasPadamMat Sabun tu Syiah, merbahaya jaga2 diakalah mempertahankan jawatan ada hikmahnya.
PadamMat Sabu bertanding pilihanraya tak menang. Bolehlah dia memekak sana sini meroyan. Manakala Mahfuz ni pandai la amik jalan tengah playsafe. Sbb dah syok makan gaji ahli parlimen Pokok Sena. Kalau melawan nanti tak dicalonkan di Pokok Sena, takde keje pulak dia.
BalasPadam