Hahaha!!! Memang muka tak malu sungguh. Sedangkan orang lain sibuk nak tolak perlantikan yang dibuat oleh pucuk pimpinan, tapi lain pulak dengan pendirian Si Mahfuz Bean ni.
Kalau kita tengok dari satu sudut, nampak gayanya dia beria - ia pulak nak tunggu surat perlantikan yang akan dikeluarkan oleh AJK PAS Pusat. Maka sebab itu dia tak nak komen apa - apa setakat ni.
SHAH ALAM – “Kita tunggu surat lantikan tersebut dahulu, lepas itu baru boleh komen,” kata bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar.
Mengakui menunggu surat lantikan tersebut, Mahfuz berkata, beliau sekarang masih meneruskan perjuangan Pas sebagai seorang ahli Parlimen.
“Buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa, saya tidak tahu apa-apa. Saya masih Ahli Parlimen Pokok Sena sehingga ke Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Khidmat saya terhadap Pas akan diteruskan menerusi saluran tersebut,” tegasnya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.
Menurut beliau lagi, sehingga kini, pihak Pas Pusat masih belum menghubunginya untuk apa-apa makluman.
“Setakat ini tidak ada apa-apa lagi. Mereka pun masih tak (tidak) hubungi saya,” katanya lagi.
Persoalannya, jika PAS Pusat mengeluarkan surat perlantikan jawatan kepada dia, adakah dia akan terima jawatan tersebut? Atau, adakah dia pun akan buat benda yang sama macam geng - geng dia yang lain?
Itu je soalan dari pihak wartawan tu. Memandangkan geng - geng lain yang KALAH dalam pemilihan sebelum ini telah membuat ketetapan untuk menolak sebarang perlantikan, maka sebab itu soalan tersebut diajukan kepada dia.
Takkan itu pun dia susah jugak nak buat keputusan. Nampak sangat la yang Si Mahfuz Bean tu memang kemaruk nak rebut jawatan biarpun dia dah KALAH dalam pemilihan yang berlansung baru - baru ni. Kalau orang tak lantik, jangan pulak dia nak meroyan tak tentu arah!!!


0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.