Aik? Heran pulak dengan kenyataan media dari Raja Bahrin ni. Sebelum ni, dia jugak yang buat pengumuman bahawa dia dilantik menjadi Pengerusi Geng Haprak Baru di Terengganu.
Tapi bila PAS Terengganu buat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan dia, terus dia nak buat keputusan dan tindakan untuk mempertimbangkan tawaran yang telah dibuat? Heran sungguh!
Kalau kita baca dari laporan yang disiarkan melalui laman portal yang sama sebelum ini, nampak macam dia dah cukup berdeterminasi untuk keluar dari barisan kepimpinan PAS Negeri.
Tapi kenapa bila PAS Terengganu ambik tindakan serta memutuskan hubungan dengan dia, baru dia nak ubah pendirian dan membuat keputusan untuk mempertimbangkan tawaran yang dibuat?
Sudah pasti wujud spekulasi dikalangan penyokong - penyokong PAS yang melihat tindakan Si Raja Bahrin tu tidak konsisten dan sering berubah sehingga dia sendiri curiga dengan keputusan yang dibuat.
Alasan yang diberikan oleh Si Raja Bahrin tu, adalah tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dia menerima tawaran yang dibuat untuk menjadi Pengerusi Geng Haprak Baru tu di Terengganu.
Katanya, isu Geng Haprak Baru tu bukanlah perkara besar jika pelawaan terbabit diterima kerana ia hanyalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sambil menegaskan NGO tidak boleh ditukar kepada parti politik.
"Kalau kita hendak membina satu wadah perjuangan yang luas, yang komprehensif dan inklusif, kita perlu terbuka. Kita perlu mengambil satu sikap yang inklusif dan saya rasa tidak ada satu masalah.
“Kalau dilihat Setiausaha Agung Pas baru ada menyatakan bahawa Harapan Baru pun adalah NGO. Setiausaha Agung Pas adalah seorang peguam, (beliau melihat ia) tidak menjadi masalah kerana NGO tidak bertentangan dengan sebuah parti politik," katanya.
Kalau dia kata, Geng Haprak Baru pimpinan Si Mat Sabu tu sebagai sebuah NGO dan Tak Mungkin ianya akan menjadi sebuah parti Politik, nampak sangat la yang dia cuba nak menipu diri dia sendiri.
Walhal sebelum ini pun, Si Mat Sabu dan juga Geng Haprak Baru tu sendiri kata, mereka akan menjadi sebuah parti Politik dan mendesak agar RoS meluluskan permohonan mereka.
Mustahil sekiranya Si Raja Bahrin tu kata yang dia tak tau mengenainya sedangkan perkara itu sudah pun diumumkan oleh Si Mat Sabu dan juga konco - konconya sebelum ini. Jadi, tak payah la Si Raja Bahrin tu nak MENIPU diri dia sendiri!!!
Berani ke dia nak cerai talak tiga Noryn Aziz yang cun melecun tu? Mati hidup balik pun tak dapat macam tu dah.....
BalasPadam