Rabu, September 09, 2015

Presiden PAS, Hadi Awang berkata PAS ada kekuatan sendiri dan tidak akan bergabung dengan parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan, Parti Amanah Negara (Amanah).

Selain itu, Hadi Awang juga turut menegaskan bahawa pengalaman lalu sudah cukup banyak mengajar PAS supaya lebih berhati - hati untuk bekerjasama dengan mana - mana parti politik lain.
"Sehingga ini PAS dengan tegas tidak menerima parti baharu itu dan  konsisten dengan pendirian selama ini," katanya kepada pemberita semasa ditemui ketika menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Sebelum ini, Timbalan GHB, Salahuddin Ayob telah mengeluarkan jemputan untuk bekerjsama dengan PAS dan menyatakan mereka tidak ada halangan jika parti itu mahu menyertai Pakatan 2.0.

Mengenai status Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin yang diminta meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat PAS setelah menyertai Amanah, Hadi Awang berkata dia akan dengar dahulu laporan daripada Badan Perhubungan PAS Negeri dan PAS Pusat sebelum mengambil sebarang tindakan.

Ketika ditanya kemungkinan anggota PAS akan menyertai perhimpunan yang dicadang diadakan pada 16 September ini, Presiden PAS itu berkata beliau akan melihat dahulu apa pengisian program berkenaan.
"Hari Kebangsaan kita sama-sama sambut, sebab itu baru-baru ini kita tidak menyertai perhimpunan Bersih kerana ia bertembung dengan Hari Kebangsaan,  kita menghormati Hari Kebangsaan," katanya.
Maka kesimpulannya, PAS tidak la sebodoh seperti yang disangka oleh puak - puak Geng Haprak Baru Si Mat Sabu tu. Tapi sebaliknya, tindakan Si Din Pudu tu hanya sekadar memalukan diri dia sendiri je. Tak pasal - pasal je dia SONGEH tak tentu arah!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Takda apa yang dapat memikat hadi awang melainkan jeruk kendongdong idamanya. Ayat 1 perengan 3 surah kendongdong.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping