Selasa, September 29, 2015

Aduhai!!! Kalau selama hari ini, pandai sangat dia panjat pejabat mahkamah dan memfailkan saman terhadap orang itu dan ini. Paling tidak pun, dia boleh suruh peguam dia buat semua tu.

Sedangkan nak fail tuntutan fasakh terhadap suami dia sendiri pun dia tau buat. Takkan kali ini Si Nurul Izzah tu hanya setakat pandai merenggek macam budak kecik yang hilang gula - gula?

Jika sebelum ini, keluarga Si Nurul Izzah tu telah membuat dakwaan terbuka terhadap pihak Jabatan Penjara yang tidak memberikan sebarang rawatan kesihatan kepada Si Ketua Penipu tu.

Katanya, Si Ketua Penipu tu tidak dibenarkan menjalani pemeriksaan 'Magnetic Resonant Imaging' atau lebih dikenali sebagai MRI bagi menentukan penyakit yang dihidapinya ketika ini.

Keluarga Si Ketua Penipu tu juga turut membuat tuduhan terhadap Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan kerana tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan baik.

Tapi, tuduhan dan dakwaan yang dibuat oleh keluarga Si Nurul Izzah tu telah dijawab serta dinafikan oleh pihak Kementerian dengan mendedahkan bahawa Si Ketua Penipu tu dapat rawatan dari 17 orang Pakar Klinikal!!!

Pendedahan itu telah dibuat sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah melalui satu kenyataan yang telah disiarkan dalam laman media semalam.
Dr Noor Hisham berkata panel pakar yang merawat Anwar terdiri daripada 17 perunding klinikal dari lapan bidang perubatan termasuk surgeri ortopedik dan radiologi otot dan tulang.

"Berhubung dengan permintaan mendapatkan pendapat kedua mengenai kecederaan bahu kronik dialami Anwar, ini telah diberikan menerusi penyertaan empat perunding ortopedik dari luar di dalam panel pakar.

"Semua keputusan berkaitan rawatan Anwar dibuat berdasarkan cadangan panel perunding dan tiada seorang pun daripada anggota panel itu membuat keputusan secara bersendirian," katanya.
Malah, dakwaan mengenai pemeriksaan MRI juga turut dinafikan dan salinan laporan tersebut telah diserahkan kepada keluarga Si Ketua Penipu tu pada 14 Julai dan 21 September yang lalu.

Nah! Sekarang ni, siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong sebenarnya? Kalau pihak Kementerian melalui Ketua Pengarahnya menipu, kenapa tidak Si Nurul Izzah tu ambik tindakan dan failkan saman? Takkan dia setakat pandai bercakap je!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kalau dah dari keturunan kaki penipu......apa yg keluaq dari mulut longkang ni pun ada yang percaya..... dari semenjak dia mengaku fitnah kan Nong chik dulu, segala apa yg keluaq dari mulut longkang dia tu tak boleh dipercayai....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping