Heh! Perkara biasa la bila dengar ada orang muda yang Ghairah dengan Mak Janda ni. Tapi bila membayangkan 'Mak Janda' yang dimaksudkan, tak heran la ada orang muda yang ambik tindakan sedemikian.
Nak pulak bila Si Mak Janda yang sorang ni pernah KANTOI melakukan perbuatan yang tak beretika sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu demi untuk mengekalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen.
Dalam masa yang sama, Si Mak Janda tu katanya akan memfailkan saman terhadap dua akhbar yang didakwa telah menabur fitnah terhadap diri dia dan berniat nak memburukkan imej dia.
Erk! Masa Si Mak Janda tu tabur fitnah terhadap bekas calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum yang lepas sebab apa ek? Bukan sebab dia nak memburukkan imej orang jugak ke?
Kan nampak sangat IRONIKnya bila Si Mak Janda tu ambik tindakan tersebut? Seolah - olah macam dia sengaja nak melondehkan diri dia sendiri dengan mengungkit kesilapan yang telah dilakukan.
Dan tak heran la dek kerana keghairahan Si Mak Janda tu sendiri yang membuatkan Pemuda Lembah Pantai ni turut menjadi ghairah jugak untuk mengetahui perkara yang sebenar. Jadi, tak perlu la Si Mak Janda tu nak meroyan tak tentu arah. Sebaliknya, dia patut salahkan diri dia sendiri!!!
PUTRAJAYA - Pemuda Umno Lembah Pantai membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung satu artikel yang mengaitkan Anggota Parlimen Lembah Pantai itu dengan cubaan membeli data 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dicuri.
Naib Ketuanya Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz yang membuat laporan kepada SPRM di sini berkata pihaknya mahu siasatan terperinci dan menyeluruh dijalankan terhadap Nurul Izzah berhubung pendedahan yang disifatkan sebagai suatu dakwaan yang serius.
Bercakap kepada pemberita, Tengku Zuhri, yang juga Exco Pemuda Umno, memaklumkan Setiausaha Umno Lembah Pantai, Datuk Sazali Kamilan turut membuat laporan polis terhadap Nurul Izzah berhubung perkara berkenaan.
Akhbar hari ini mendedahkan butiran siasatan kes membabitkan bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo termasuk pengakuan bertulis yang dibuat atas kerelaan sendiri, mendedahkan Nurul Izzah berminat membeli data mengenai 1MDB yang dicurinya pada tahun 2011.
Pemuda ke situa ke, janji jangan malu, jangan putus asa iz coba lagi, baca quran biar lembut hati si dia tu.
BalasPadam