Khamis, Oktober 15, 2015

Nampak gayanya, kemelut dalaman yang melanda PKR pada ketika ini tidak tamat begitu sahaja apabila usaha untuk menggulingkan Wan Azizah dilaporkan 'GAGAL' sewaktu mesyuarat parti itu baru - baru ini.

Walaupun ketika sidang media, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dilihat telah ‘merampas’ mikrofon daripada Presiden PKR. Tapi lain pulak yang berlaku sewaktu mesyuarat diadakan.

Seorang pemimpin PKR yang tidak dinamakan memberitahu bahawa Wan Azizah menjadi mesyuarat tergempar PKR semalam anti-klimaks apabila berjaya mematahkan serangan terhadapnya
“Mesyuarat semalam menjadi anti klimaks selepas ‘hoha-hoha’ sebelumnya. Bahkan Kak Wan juga menunjukkan kehebatannya sebagai pemimpin walaupun ramai yang mempertikaikan kepimpinan beliau sebelum ini,” kata sumber PKR kepada Malaysian Insider.
Dalam mesyuarat semalam, dua pimpinan PKR mempertikaikan kewajaran pengumuman Pakatan Harapan diumumkan sedangkan sebelum ini Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim menghantar nota agar semua parti, termasuk PAS, dimasukkan dalam pakatan baru itu.
“Tak kan saya nak khianati suami saya dan bukan itu satu-satunya nota yang kita terima,” jawab Wan Azizah terhadap dakwaan seolah-olah beliau mengkhianati suaminya sendiri yang kini berada di penjara.
Wan Azizah juga dilaporkan berjaya mematikan serangan terhadap orang kanannya Rafizi Ramli dan sekaligus menghampakan usaha untuk menyingkirkannya dengan berkata: “Rafizi ini umpama anak saya sendiri".

Sebelum mesyuarat, kempen dibuat sesetengah pihak dalam PKR untuk menyingkirkan Rafizi sebagai setiausaha agung di samping cuba mengikat PAS supaya bersama Pakatan yang baharu itu.

Namun, kedua-duanya matlamat itu tidak tercapai dalam mesyuarat tersebut bahkan Pakatan Haprak Baru yang diumumkan sebelum ini kini disahkan pembentukannya oleh Majlis Pimpinan Pusat.

Menurut The Malaysian Insider, sebelum mesyuarat, seorang pemimpin kanan PKR meminta Wan Azizah mempercepatkan mesyuarat itu kepada 30 minit sahaja bagi mengelakkan pertembungan.

Dalam erti kata lainnya, perlantikan Si Rafizi tu sebagai Setiausaha bukan la dibuat berdasarkan kepada kemampuan dirinya. Tapi sebaliknya, Si Rafizi tu dilantik sebab dia 'Kroni' kepada Wan Azizah. Maka sebab itu ada usaha untuk menyingkirkan dia!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping